Ziarah dan Sokongan Moral kepada Mahasiswa Fakulti Alam Bina di Hospital Ampang

Title

Ziarah dan Sokongan Moral kepada Mahasiswa Fakulti Alam Bina di Hospital Ampang

Subject

Ziarah Mahasiswa, Kebajikan Mahasiswa, Fakulti Alam Bina, Sokongan Moral, Keprihatinan UiTM, Hospital Ampang, Budaya Kekeluargaan UiTM

Description



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul… setelah mempengerusikan Mesyuarat Senat, terus ke Hospital Ampang, menziarah seorang mahasiswa Fakulti Alam Bina (FAB), Sdr. Muhammad Nurhafiy Mohd. Sazali yang kini menerima rawatan akibat barah darah, memberi kata semangat dan memberikan sokongan moral kepada beliau dan kepada ibunya yang juga seorang guru.

Tiada kata yang dapat menggambarkan ketabahan anakanda Hafiy. Hati ini sangat tersentuh. Anakanda Hafiy, anak kedua dalam keluarga ini, masih jelas kesan rawatan kimo yang telah dilaluinya, tetap mengukir senyum yang sangat manis waktu kami sampai. Ya Allah, rezekikan beliau kesembuhan, angkatlah darjatnya dan berikan sebesar-besar ganjaran atas sabar dan redhanya atas ujian berat ini. Amin.

Turut hadir Pengarah Hospital Ampang, Dekan Fakulti Alam Bina, Profesor Ts. Dr. Hajah Emma Marinie Ahmad Zawawi bersama barisan pengurusan universiti dan PNC SC, Prof. Ismie, sebagai tanda kebersamaan dan sokongan kepada Sdr. Hafiy dalam menghadapi ujian kesihatan yang sedang ditempuh.

Walaupun singkat, sempat memberi kata semangat, beramah mesra dengan Muhammad Nurhafiy dan ibunya selain menyampaikan pesan agar beliau terus tabah menjalani rawatan serta tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran berkenaan.

Hati ini diusik lagi bila anakanda Hafiy menyatakan hasratnya untuk meneruskan pengajian Ijazah dan untuk diizinkan hadir ke Konvokesyen bila sihat kelak kerana beliau mendapat Anugerah Naib Canselor untuk Diploma yang telah tamat, dan ingin mengalung selindang pink sebagai hadiah kepada ibunya… Kami jawab ringkas, InsyaAllah itu semua boleh diikhtiarkan, fokus dahulu kepada pemulihan kesihatannya. Selit juga dalam sembang, beliau sempat menonton perlawanan bola yang sedang berlangsung.

InsyaAllah UiTM sentiasa mengutamakan kebajikan warganya dan komited memastikan setiap mahasiswa yang berdepan ujian mendapat perhatian serta sokongan daripada universiti. Menyuburkan nilai keprihatinan, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang menjadi teras budaya UiTM dalam memastikan tiada warganya yang berasa bersendirian ketika berhadapan dengan ujian kehidupan.

Marilah kita sama-sama titipkan doa serta memberikan sokongan moral kepada Muhammad Nurhafiy supaya beliau terus cekal dalam perjuangan melawan penyakit tersebut, agar Muhammad Nurhafiy dikurniakan Allah kesembuhan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”

(Riwayat Sahih al-Bukhari, No. 5742 & Sahih Muslim, No. 2191)

Allahumma amin.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran mengenai lawatan kebajikan mahasiswa, sokongan universiti dan ziarah pengurusan UiTM kepada pelajar yang ditimpa musibah

Format

Digital Text, JPEG Image, MP4 Video (Duration 01 minutes 56 seconds)

Language

Malay, Arabic (Quran Verses/ Prayer)

Type

Social Media Posting (Facebook), Student Welfare, Institutional Visit, Moral Support, Appreciation Message

Coverage

Hospital Ampang, Ampang, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/v/197Noet4QQ/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Ziarah dan Sokongan Moral kepada Mahasiswa Fakulti Alam Bina di Hospital Ampang,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2254.

Output Formats