Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian – Tokoh Global CMOS VLSI, Nanoelectronics & AI Hardware

Title

Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian – Tokoh Global CMOS VLSI, Nanoelectronics & AI Hardware

Description


Minggu lalu, menerima kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian, berketurunan Farsi, Tokoh Global CMOS VLSI, Nanoelectronics & AI Hardware.

Prof. Kamran ialah salah seorang pengasas teknologi CMOS VLSI dengan lebih 40 paten ciptaan, yang menjadi asas kepada semua cip moden (CPU, GPU, SoC). Beliau mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan industri semikonduktor di Australia, Eropah dan Asia, serta merupakan pengasas ELABS, sebuah makmal R&D bertaraf antarabangsa yang menggabungkan elektronik, fotonik dan AI.

Beliau berbesar hati membantu UiTM melalui FKE dalam bidang Semikonduktor dan AI.Segala puji bagi Allah, kita direzkikan dengan bantuan insan-insan hebat antarabangsa yang membantu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan dalam bidang tumpuan dunia ini.

Walaupun sudah berusia, Prof. Kamran masih cergas dan aktif dalam pelbagai bidang dengan personaliti yang sangat mesra, walaupun baru bersua, kami berdua terus berhubung dengan mesra, Alhamdulillah. Semoga FKE memanfaatkan sepenuhnya kepakaran beliau.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook), Event Announcement, Collaboration

Coverage

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1D4NVvtxLT/

Files

Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian (1).jpg
Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian (2).jpg
Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian (3).jpg
Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian (4).jpg
Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian (5).jpg
Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian (6).jpg
Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian (7).jpg
Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian (8).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kunjungan Prof. Dr. Kamran Eshraghian – Tokoh Global CMOS VLSI, Nanoelectronics & AI Hardware,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 23, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1785.

Output Formats