Sambutan Hari Alumni 2026 : Sumbangan dan Kenangan Alumni KPP/PPP
Title
Sambutan Hari Alumni 2026 : Sumbangan dan Kenangan Alumni KPP/PPP
Subject
Alumni KPP/PPP, ICAN UiTM, Hari Alumni, UiTM 70 Tahun, Buku Alumni, Grandmaster Sabree Salleh, Mahaguru Dato’ Meor, Tumbler Eksklusif, RIDA, Maktab MARA, ITM
Description

Khamis lalu, memenuhi permintaan Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) yang sedang menerbitkan sebuah buku khas (Coffee Table Book) berkisar para Alumni Kolej Pengajian Persediaan (KPP) / Pusat Pendidikan Persediaan (PPP) sempena sambutan Hari Alumni UiTM 2026 merai 70 tahun UiTM dari Dewan Latehan RIDA.
Mengimbau kembali dan berkongsi pengalaman sepanjang tempoh berada di KPP dari awal ‘85 hingga ‘87, pahit manis menimba ilmu, melengkapkan diri sebelum berdagang ke bumi Amerika, selain persediaan bahasa Inggeris dan melalui program Associate of General Studies. Walaupun tidak setinggi mana, sempat bertemu lutut dengan Mahaguru Dato’ Meor dan menadah ilmu dari Grandmaster Sabree Salleh, moga Allah ampuni dan rahmati kedua-dua guru kami, amin.
Buku yang bakal diterbitkan ini bertajuk "Cherita Alumni KPP/PPP: Menggapai ke Langit, Mengakar ke Bumi". Temubual juga telah dibuat oleh guru kami, Cik Bib, Prof. Dr. Habibah. Kami sempat juga bergurau dengan “membaca” profil diri beliau. Kami seusia 17/18 tahun dan beliau 28 tahun waktu itu.
Terima kasih juga menerima hadiah Tumbler eksklusif Zus Coffee x ICAN UiTM yang direka oleh Ts. Dr. Neesa Ameera Mohamed Salim, Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM, mengangkat pelikat legenda ke gaya moden. Setiap warna ada cerita - RIDA, Maktab MARA, ITM, UiTM. Direka sempena Hari Alumni UiTM 2025.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hari Alumni UiTM 2026, Buku Alumni KPP/PPP
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, English, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Post (Facebook), Event Announcement, Alumni Celebration, Interview
Coverage
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1FMmunvFLp/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Sambutan Hari Alumni 2026 : Sumbangan dan Kenangan Alumni KPP/PPP,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 23, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1787.