MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DAN iM4U
Title
Subject
Description
9 April 2016 – Majlis Pelancaran iM4U Sentral telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. iM4U Sentral merupakan hab integrasi sosial dan pembangunan kesukarelawan belia di negara ini.
Kompleks serba guna itu dilengkapi kemudahan sukan, seminar dan penginapan yang dibuka kepada orang ramai. Dibina di kawasan seluas 2.23 hektar, kompleks itu menyediakan asrama dua tingkat yang mampu menampung 157 orang, gelangang futsal, bola keranjang, badminton, bola tampar dan takraw selain gymnasium, dewan serba guna serta bilik kalis bunyi untuk rakaman video dan audio. Profesor Emeritus Dato’ Hassan Said turut hadir ke majlis tersebut dan juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dibuat antara UiTM dan iM4U. Kerjasama yang di buat adalah untuk menjalin hubungan baik UiTM dan pihak iM4U yang memberi manfaat kepada para pelajar UiTM.