Muktamar Agung Persatuan Falak Syarie Negeri Melaka ke-22
Title
Description
Alhamdulillah, pagi tadi saya direzekikan menghadiri Muktamar Agung Persatuan Falak Syarie Negeri Melaka ke-22, di mana kami masih diberikan amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua. Masih teringat muktamar pertama yang meriah, kini hanya sekitar 30-40 orang sahaja yang aktif, dan majoriti adalah warga emas serta pesara...
Melepas rindu juga kepada guru mursyid murabbi kami, DW Ustaz Rashid Redza… Alhamdulillah, dititipkan lagi ilmu dan amalan…
Ilmu Falak adalah antara muqaddimah untuk mengenal alam, yang menjadi pintu untuk mengenal Penciptanya. Ia adalah prasyarat untuk menjadi Ulul Albab, penjaga kunci pintu hikmah kepada ilmu Ma’rifat.
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
“Allah memberikan hikmah (kebijaksanaan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya (Ulul Albab).”
(Al-Baqarah 269)
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albab).”
(Ali Imran 190)
Sedihnya, ilmu Falak adalah antara ilmu yang semakin gharib, seperti ilmu Faraid, yang semakin pudar di akhir zaman. Ilmu ini semakin jarang dimiliki dan semakin sedikit orang yang mampu “melihat” Pencipta melalui apa yang diciptakan-Nya...
Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا، يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu dengan cara mencabutnya secara langsung dari hamba-hamba-Nya, tetapi Allah SWT menghapus ilmu dengan kematian para ulama. Apabila tiada lagi orang alim, manusia akan melantik ketua mereka dari kalangan orang jahil. Apabila mereka ditanya, mereka memberikan fatwa tanpa ilmu, sehingga mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”
(Riwayat al-Bukhari 100 dan Muslim 2673)
Ayuh bersama kita mertabatkan Takwim Hijrah, menegakkan ilmu dan amalan yang bermanfaat untuk generasi akan datang.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️