Retreat MEU Melaka: Mengukuhkan Ukhwah dan Melakar Strategi bagi Halatuju UiTM
Title
Description
Alhamdulillah selesai program Retreat MEU di Melaka, yang telah dirancang sekian lama dan akhirnya direzkikan untuk dilaksanakan. Program ini bertujuan merapatkan ukhwah dan kebersamaan ahli MEU melalui aktiviti bersama, menjadikan hubungan lebih rapat dan mesra. Memang terasa manisnya ukhwah fillah.
Aktiviti serius bermula pada pagi Sabtu dengan Bengkel Penunjuk Risiko Utama dan Lanskap Risiko UiTM, diikuti dengan perbincangan strategi Persediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) untuk memastikan kelestarian UiTM. Pada hari Ahad, perbincangan meliputi Cadangan dasar dan garis panduan tadbir urus Unit Perniagaan Strategik (SBU) UiTM, Cadangan penubuhan dan tadbir urus Jabatan Penjanaan Pendapatan UiTM, Pembentangan Portfolio dan Cadangan Halatuju Hartanah UiTM 2025, serta Permohonan Kelulusan Cadangan Keluaran Polisi Tenaga Edisi 3 dan Cadangan Pelaksanaan dan Peruntukan Kewangan bagi Pensijilan Energy Management Gold Standard 2 - Bintang (EMGS) di bawah inisiatif ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) UiTM Shah Alam.
Mengambil peluang untuk menikmati ikan bakar di Muara Sungai Duyung dan menelusuri Sungai Melaka (Melaka River Cruise) yang sangat indah diwaktu senja, kami juga bertukar-tukar hadiah sesama ahli MEU dan meraikan baby boy baharu Prof. J. Tahniah! Mana Lagi… Melaka ler…
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️