[Artikel] Perkongsian Hantaran : Anak bongsu Abon hadiahkan skrol pada hari lahir , " Berita RTM"

Title

[Artikel] Perkongsian Hantaran : Anak bongsu Abon hadiahkan skrol pada hari lahir , " Berita RTM"

Description



" Anak bongsu Abon hadiahkan skrol pada hari lahir

KUALA LUMPUR, 10 Mei – "Melihat anak naik pentas ambil skrol diploma, itu sudah cukup membuatkan saya bahagia," luahan pelawak veteran, Sharizan Ahmad, 60, atau lebih dikenali sebagai Abon, apabila anak bongsunya, Nuratul Shakirah Sharizan, menghadiahkan kejayaan konvokesyen sebagai hadiah hari lahirnya.

Nuratul, 26, graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia, menerima skrol sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-101 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam, semalam.

Menurut Nuratul, pengorbanan kedua ibu bapanya menjadi pendorong utama kejayaannya. Malah, beliau menolak pinjaman pendidikan kerana bapanya mahu menyara semua anak-anak dengan rezeki yang halal tanpa beban hutang.

Berita penuh di RTM

Globally Renowned, Locally Rooted

اوسها تقوى موليا

#UiTM
#UiTMDiHatiku
#KonvoUiTM101 "

(Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi)

Source

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18o4v2Pjrv/

Files

SS Anak Pelakon Abon .jpg

Collection

Citation

“[Artikel] Perkongsian Hantaran : Anak bongsu Abon hadiahkan skrol pada hari lahir , " Berita RTM",” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 16, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1276.

Output Formats