Seharian di UiTM Puncak Alam: Maybank@Campus dan Mesyuarat Yayasan Budiman
Title
Seharian di UiTM Puncak Alam: Maybank@Campus dan Mesyuarat Yayasan Budiman
Description

Alhamdulillah hari ini seharian berada di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, sebelah pagi, menghadiri pembukaan Maybank@Campus kerjasama antara UiTM dan Maybank dalam menyediakan perkhidmatan perbankan digital di dalam kampus Puncak Alam yang bakal memberi khidmat kepada lebih 20 ribu orang mahasiswa.
Kami juga pelanggan tegar Maybank, mengingatkan rakan-rakan apa nama Maybank dalam Bahasa Melayu, Kalau Malayan Railway diterjemah kepada Keretapi Tanah Melayu, maka Malayan Banking Berhad sepatutnya Perbankan Tanah Melayu Berhad, tapi yang rasminya Perbankan Malaya Berhad,
ڤربڠكن ملايا برحد
yang ditubuhkan pada tahun 1960.. terima kasih atas kerjasama menang-menang ini.
Turut diundang seorang usahawanita yang sedang melonjak naik dalam perniagaan yang beliau ceburi, beliau berkongsi pengalaman berniaga, sapa kenal?
Sebelah petang, menghadiri mesyuarat ke 74 Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Budiman UiTM dan sejurus selepas itu mengadakan mesyuarat agung. Yayasan ini ditubuhkan bagi memberi bantuan kewangan kepada anak-anak mahasiswa UiTM yang memerlukan bantuan. Terima kasih Ybhg Datuk-Datuk yang rata-rata adalah Alumni UiTM yang membantu YBUiTM.
Sebelum mesyuarat, sempat menyantuni pelajar-pelajar Fakulti Perhotelan dan menjengah kitchen pelajar Culinary, tengah belajar buat sup katanya. Moga semuanya berjaya menjadi Chef ternama insyaAllah, amin.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1G1L3LHgBk/
Collection
Citation
“Seharian di UiTM Puncak Alam: Maybank@Campus dan Mesyuarat Yayasan Budiman,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 17, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1291.