Majlis Penutup International Day of Mathematics UiTM & Sejarah Perpustakaan Dunia
Title
Majlis Penutup International Day of Mathematics UiTM & Sejarah Perpustakaan Dunia
Description

Alhamdulillah dalam sela masa “rehat” istiadat Konvokesyen ke 101, sempat menyempurnakan majlis Penutup International Day of Mathematics UiTM di Pustaka Raja Tun Uda Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam.
Tahniah FSKM atas penganjuran terbaik dalam program penggalakan matematik kepada masyarakat awam merentas kaum dan negeri. Terima kasih kepada PPAS yang diwakili Yang Berusaha En. Zafrullah Aris, Head of the Corporate Unit, yang sudi bekerjasama dan menyediakan ruang.
Kami sempat mengaitkan sejarah pustakaraya dunia dari kerajaan Mesopotamia 5 ribu tahun dahulu dan bagaimana perkembangan ilmu khususnya Matematik berkait rapat dengan Perpustakaan termasuk dalam Tamadun Islam, Baitul Hikmah.
Mengait juga bahasa yang digunakan di Nusantara dalam mengistilahkan tempat menyimpan khazah ilmu ini, juga kita meminjam istilah bahasa Arab/Farsi/Turki, Kutub Khanah, dan kita kembali kepada bahasa yang telah lama bertapak di alam melayu, bahasa Sanskrit, “Perpustakaan”.
Kata dasar “Pustaka” पुस्तक kata nama, bermaksud buku atau manuskrip, makakala पुस्तकालय Pustakalaya (Pustakaraya) membawa maksud “library”, walaubagaimanapun, atas perkembangan bahasa Melayu, dengan imbuhan “Per” dan “an”, kata nama terbitan “Perpustakaan” yang biasanya imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja manakala imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama, maka itulah yang kita pakai sehingga hari ini.
Bahasa Jiwa Bangsa...
ini juga asal bahasa Sanskrit
भाषा जीव वंश
Bhasa Jiva Vamsha
#BahasaJiwaBangsa
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay, Arabic, Sanskrit
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/18sYKqMaQ4/
Collection
Citation
“Majlis Penutup International Day of Mathematics UiTM & Sejarah Perpustakaan Dunia,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 22, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1307.