[Petikan Hantaran] Perkongsian Hantaran : Memperkasa Agenda Ekonomi Bumiputera

Title

[Petikan Hantaran] Perkongsian Hantaran : Memperkasa Agenda Ekonomi Bumiputera

Description

"
Bersama Memperkasa Agenda Ekonomi Bumiputera

Saya telah mendengar dan meneliti pembentangan kertas Sesi Permukiman Setahun Selepas Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Dato’ Nor Azmie bin Diron di pejabat saya di Putrajaya.

Sebagai sebuah negara yang menjadikan keseimbangan dan kestabilan sebagai asas pembangunan, usaha untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum perlu digerakkan dengan komitmen menyeluruh, merentasi Kementerian, agensi dan sektor swasta.

Kerajaan akan terus menyokong dan memperkukuh dasar serta inisiatif berteraskan aspirasi ekonomi Bumiputera agar manfaatnya dapat dirasai oleh generasi kini dan akan datang. Insya-Allah,jumpa Jumaat ini untuk kita bersama-sama perhalusi dan bincangkan.

#KongresEkonomiBumiputera
#MiniKEB
#MalaysiaMADANI"

Sumber:

Page Facebook:

                      *Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
                      *Timbalan Perdana Menteri 1

                      *Dihantar pada 21 Mei 2025

Source

Officaial fdacebook Page : Zahid Hamid

Date

Language

Malay

Files

Memperkasa Agenda Bumiputra.jpg
Memperkasa Agenda Bumiputra 2.jpg

Collection

Citation

“[Petikan Hantaran] Perkongsian Hantaran : Memperkasa Agenda Ekonomi Bumiputera,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 23, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1316.

Output Formats