Menjayakan Kerjasama Penyelidikan Bersama Beberapa Buah Universiti di Jordan

Title

Menjayakan Kerjasama Penyelidikan Bersama Beberapa Buah Universiti di Jordan

Description


Melengkapkan lagi kerjasama dengan universiti di Jordan dalam bidang penyelidikan, pagi 27 Ogos bertempat di Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan, menyempurnakan MoU dan MoA bersama German Jordanian University, Jadara University, dan Tafila Technical University.

Seusai majlis yang disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Duta, H.E Tn. Haji Mohamad Nasri bin Abdul Rahman, kami bergerak ke Isra University, disambut meriah oleh Presiden, Prof. Ahmed Naeem Salameh bersama pengurusan universiti. Panjang juga perbincangan kami sebelum menyempurnakan majlis menandatangani MOA.

Selesai solat Zohor di Masjid King Hussein yang indah, kami terus bergerak pula ke Al-Ahliyya Amman University dan disambut oleh Prof. Sari Hamdan, Presiden Al-Ahliyya University bersama beberapa orang dekan dan penyelidik yang terlibat dalam kerjasama yang dimeterai. Banyak potensi baharu yang telah kami bincangkan dan Prof. Sari amat teruja untuk melaksanakan beberapa tindakan segera.

Semoga semua MoU dan MoA ini membuahkan hasil yang bermanfaat kepada kesemua pihak dan tahniah kepada semua penyelidik yang terlibat dari seluruh sistem UiTM.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic, English

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1CUjaQNJLT/

Files

VC Di Bumi Jordan  (1).jpg
VC Di Bumi Jordan  (2).jpg
VC Di Bumi Jordan  (3).jpg
VC Di Bumi Jordan  (4).jpg
VC Di Bumi Jordan  (5).jpg
VC Di Bumi Jordan  (6).jpg

Collection

Tags

Citation

“Menjayakan Kerjasama Penyelidikan Bersama Beberapa Buah Universiti di Jordan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 4, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1496.

Output Formats