UiTM Kukuhkan Jalinan Global: MoA Bersama Zarqa University, Jordan

Title

UiTM Kukuhkan Jalinan Global: MoA Bersama Zarqa University, Jordan

Description



الحمد لله, meneruskan permusafiran dengan lawatan strategik rasmi UiTM ke Amman, Jordan.

Hari ini direzekikan menyempurnakan Majlis Menandatangani dua Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Zarqa University, membuka lembaran baharu dalam kerjasama penyelidikan melibatkan bidang Kecerdasan Buatan (AI) untuk kesihatan serta pertanian mampan. Perbincangan lebih awal dari awal tahun antara penyelidik telah bermula untuk mengenal pasti bidang khusus untuk kerjasama ini.

Selepas selesai, kami bersama delegasi menyertai Forum Inovasi dua hala membentangkan secara terperinci dua projek yang telah ditandatangani, di samping beberapa orang Dekan ZU membentangkan peluang penyelidikan fakulti masing-masing. Kami menekankan juga peluang pertukaran pelajar untuk post-doctoral dan pertukaran sabatikal untuk pensyarah. Majlis dihadiri pensyarah dan pelajar ZU.

Selesai majlis, kami dibawa melawat sekitar kampus untuk melihat lebih dekat keupayaan dan pencapaian ZU sebagai sebuah universiti swasta yang ditubuhkan pada tahun 1994.

Kami juga telah diundang untuk kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Amman, antara acara yang disusun melalui Education Malaysia Jordan. Duta Besar Malaysia ke Jordan, H.E. Mohamad Nasri bin Abdul Rahman telah sudi meraikan rombongan dengan jemputan makan malam, meneruskan perbincangan penuh mesra untuk mengukuhkan lagi misi pendidikan Malaysia, khususnya UiTM, di rantau Timur Tengah.

InsyaAllah, UiTM terus komited, di samping membangunkan bakat anak bangsa, juga untuk terus melaksanakan kerjasama antarabangsa yang berimpak tinggi, mampan, dan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Usaha ini penting untuk menyediakan bakat anak bangsa diberi pendedahan antarabangsa untuk lebih berdaya saing.

Semoga Allah mudahkan urusan kami. Tersentuh dengan qari yang membuka majlis dengan ayat dari Surah Āli-‘Imrān, ayat 190–191:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَٱخْتِلَافِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُو۟لِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ
ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَاتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albab), (iaitu) mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring, serta mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (seraya berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami daripada azab neraka.’”

Ke arah mendidik ulul albab, yang sentiasa mengingati Allah, dan memikir serta membuat kajian menyelidik tentang kejadian alam di langit dan bumi untuk manfaat manusia, agar terus tunduk kepada Penciptanya.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic, English

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/161Z3xdXLF/

Files

Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (1).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (2).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (3).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (4).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (5).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (6).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (7).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (8).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (9).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (10).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (11).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (12).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (13).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (14).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (15).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (16).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (17).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (18).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (19).jpg
Vc UiTM Ke  Bumi Jordan (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“UiTM Kukuhkan Jalinan Global: MoA Bersama Zarqa University, Jordan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 4, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1495.

Output Formats