Menjalin Kerjasama Strategik di Bumi Syam : UiTM di University of Petra, Jordan
Title
Description

Hari ini meneruskan musafir di bumi Syam ini ke University of Petra (UOP) – memfokuskan kerjasama dalam bidang Teknologi Maklumat, Komunikasi, Seni Bina, Reka Bentuk, Undang-Undang dan Perniagaan. Ketibaan kami disambut mesra oleh Timbalan Presiden Hal Ehwal Akademik, Professor Mayyas Al-Rimawi mewakili Presiden yang tidak dapat bersama atas ketetapan terdahulu.
Majlis MOU/MOA terus dilaksanakan melibatkan 10 projek geran padanan dalam pelbagai bidang.
Selesai majlis, kami diundang menyampaikan Syarahan Khas tentang kelestarian – menekankan peranan UiTM sebagai universiti komprehensif ASEAN dalam penyelidikan gunaan, kelestarian, serta perkongsian ilmu di peringkat global. Kami menekankan aspek pendidikan berteraskan nilai dan ajaran Islam sebagai sebuah cara hidup, mengait konsep istiqamah dan kelestarian.
Alhamdulillah, lawatan ini membuktikan komitmen UiTM dalam mengangkat agenda ASEAN–MENA melalui penyelidikan, pendidikan, dan diplomasi budaya, sekaligus mengukuhkan kedudukan UiTM di pentas antarabangsa sebagai rakan strategik yang membawa manfaat kepada masyarakat global.
University of Petra جامعة البترا
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️