Ziarah Mu’tah: Menyusuri Jejak 3 Syuhada di Bumi Syam
Title
Ziarah Mu’tah: Menyusuri Jejak 3 Syuhada di Bumi Syam
Description

Hari Jumaat, 29 Ogos 2025, hari ini cuti di Jordan, mengambil peluang berziarah ke tempat bersejarah di bumi Syam ini yang sarat dengan sejarah tamadun manusia khususnya sejarah Islam. Direzekikan ke Mu’tah, menziarah 3 makam syuhada, sahabat dan keluarga Nabi SAW iaitu Zaid bin Harithah ra. anak angkat Rasulullah SAW, Ja‘far bin Abi Talib ra. sepupu Rasulullah SAW, abang kepada Ali, dan Abdullah bin Rawahah ra. sahabat Ansar, penyair Rasulullah SAW.
Perang berlaku apabila utusan Nabi Muhammad SAW yang dikirim ke wilayah Syam untuk misi aman telah dibunuh oleh penguasa Ghassan, sekutu Romawi Timur. Nabi SAW menyiapkan pasukan sekitar 3,000 orang untuk menghadapi ancaman dari Romawi Timur dan sekutunya yang jumlahnya jauh lebih besar, disebutkan puluhan hingga ratusan ribu ramainya.
Kisah masyhur menceritakan masing-masing panglima Islam membawa panji Islam, setelah seorang syahid, disambut oleh yang berikutnya hingga ketiga-tiganya syahid. Akhirnya panji Islam diambil oleh Khalid bin al-Walid, yang baru masuk Islam ketika itu, dan beliau memimpin dengan strategi bijak, melakukan helah taktikal sehingga tentera Islam berjaya berundur dengan selamat.
Atas ketentuan Allah jua, bertembung dengan rombongan Habib Umar bin Hafidz dan murid beliau Habib Ali Zain al-Abidin al-Jifri yang berbetulan menziarah makam Ja‘far bin Abi Talib ra. Tingginya ikram mereka, Habib Ali mencium balik tangan kami tanda sama saling hormat.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada semua sahabat baginda yang syahid dan para habaib yang ikhlas berjuang menyebarkan risalah Islam hingga akhir zaman. Amin.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1EcrGHDS5v/
Collection
Citation
“Ziarah Mu’tah: Menyusuri Jejak 3 Syuhada di Bumi Syam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 13, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1498.