Penutup Lawatan Rasmi UiTM ke Jordan : Ke Arah Pemerkasaan Diplomasi Pendidikan dan Penyelidikan Antarabangsa

Title

Penutup Lawatan Rasmi UiTM ke Jordan : Ke Arah Pemerkasaan Diplomasi Pendidikan dan Penyelidikan Antarabangsa

Description



Alhamdulillah, hari ini 30 Ogos 2025 menandakan penutup kepada lawatan rasmi strategik bersama delegasi UiTM ke Amman, Jordan yang bermula sejak 25 Ogos lalu.

Antara kaedah pembersihan jiwa yang dipesan guru kami adalah keperluan untuk Muhasabah dan Muraqabah.
Alhamdulillah, antara Refleksi Lawatan Strategik UiTM ke Jordan:

• Pemeteraian 7 Memorandum Persefahaman (MoU) dan 14 Memorandum Perjanjian (MoA) bersama universiti terkemuka Jordan.
• Pelaksanaan 29 projek penyelidikan kolaboratif bernilai lebih RM1 juta melalui Geran Penyelidikan Padanan UiTM.
• Kerjasama akademik dengan universiti di Jordan termasuk Zarqa University, German-Jordanian University, Al-Balqa’ Applied University, Tafila Technical University, Al-Ahliyya Amman University, Isra University, dan University of Petra.
• Aktiviti diplomasi budaya dan lawatan tapak warisan sejarah Islam, mengambil banyak ibrah dari bumi Syam yang didoakan keberkatannya oleh Nabi SAW.

InsyaAllah lawatan ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan UiTM di rantau Timur Tengah, tetapi turut mengangkat peranan Malaysia sebagai peneraju dalam diplomasi pendidikan tinggi, kelestarian, dan penyelidikan gunaan. Dengan izin Allah, segala inisiatif ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar, pensyarah, dan masyarakat global amnya dan Islam khususnya, amin.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua pihak yang menjayakan misi ini, khususnya kepada semua penyelidik yang telah bertungkus-lumus menyiapkan permohonan geran mereka dan selepas ini menjayakan semua projek tersebut. Semoga UiTM akan terus melangkah sebagai universiti mega ASEAN dengan misi global untuk ilmu, inovasi, dan kesejahteraan sejagat, namun tetap bertapak mengakar ke bumi bertuah ini.

Special thanks to the Embassy of Malaysia in Jordan, led by His Excellency Ambassador Mohamad Nasri Abdul Rahman, whose tireless efforts strengthen the bonds of cooperation between our nations. I also wish to express my special gratitude to our dedicated facilitators from Education Malaysia Jordan–EMJ, Assoc. Prof. Dr. Radzuwan Ab Rashid and Dr. Zeyad Faisal Al-Azzam, whose vision and great support have made all these collaborations possible.

Terima kasih banyak juga kepada Anakanda Mohammad Fidauddin Aminnudin, kami panggil Daud saja, kebetulan sama sekolah Anakanda kami di SMA Assyakirin, Selandau, yang sangat membantu kami sepanjang perjalanan. Semoga Allah mudahkan peperiksaan akhir yang bakal diduduki dan semoga Allah SWT faqihkan Anakanda dalam deen, dan alimkan Anakanda dengan ilmu takwil dan hikmah, berjaya hidup di dunia dan akhirat, amin.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay, Arabic English

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Axs3rz1sd/

Files

VC Jordan LD (1).jpg
VC Jordan LD (2).jpg
VC Jordan LD (3).jpg
VC Jordan LD (4).jpg
VC Jordan LD (5).jpg
VC Jordan LD (6).jpg

Collection

Tags

Citation

“Penutup Lawatan Rasmi UiTM ke Jordan : Ke Arah Pemerkasaan Diplomasi Pendidikan dan Penyelidikan Antarabangsa,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1499.

Output Formats