Menjunjung Titah dan Kasih Tuanku : Langkah Pertama Bagi Pembinaan Masjid UiTM Bukit Besi Dimulakan
Title
Menjunjung Titah dan Kasih Tuanku : Langkah Pertama Bagi Pembinaan Masjid UiTM Bukit Besi Dimulakan
Description

Ampun Tuanku امڤون توانكو
Seluruh warga Universiti Teknologi MARA menjunjung Duli dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya, dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berangkat ke Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Masjid UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi.
Pembinaan Masjid Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi di sini, yang dijangka siap pada tahun 2027, insya-Allah, akan dapat menampung sehingga 1,500 jemaah dalam satu masa.
Pembinaan masjid bagi fasa satu yang bernilai RM2 juta itu dibina di atas tanah berkeluasan 0.61 hektar, hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul sejak 2018.
Terima kasih kepada semua penyumbang, semoga Allah ganjari sebaik-baik balasan. Amin.
Majlis penuh bermakna ini telah mendapat perkenan dan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, menandakan bermulanya usaha pembangunan infrastruktur keagamaan yang bakal memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk setempat.
Masjid baharu ini dijangka mampu menampung sehingga 1,500 jemaah pada satu masa dan bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk ruang serbaguna, kelas pengajian, perpustakaan mini, dan ruang ibadah yang selesa.
Projek ini adalah hasil kerjasama erat antara pihak kerajaan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT), dan masyarakat setempat yang prihatin terhadap keperluan pembangunan rohani dan sosial komuniti.
Pembinaan masjid ini bukan sahaja akan menjadi mercu tanda baharu di kawasan ini, malah diharap dapat menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan amal, selari dengan matlamat pembangunan lestari negeri Terengganu.
Majlis turut dihadiri oleh barisan pembesar negeri, wakil-wakil agensi kerajaan, tokoh masyarakat, serta orang kariah penduduk sekitar yang hadir bagi menyaksikan simbolik permulaan projek yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan ini.
Pembinaan Masjid UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi atau dinamakan sebagai Pusat Hidayah ini diharap dapat menjadi platform pengukuhan spiritual dan sosial masyarakat, serta menyemarakkan lagi syiar Islam di bumi Terengganu Darul Iman.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
#MasjidNadiKeimanan
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/16Tf2L6R8q/
Collection
Citation
“Menjunjung Titah dan Kasih Tuanku : Langkah Pertama Bagi Pembinaan Masjid UiTM Bukit Besi Dimulakan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 1, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1366.