MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UiTM DAN TOKYO DENKI UNIVERSITI

eBuletin_Salam_Julai_Disember_2017_047.jpg

Title

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UiTM DAN TOKYO DENKI UNIVERSITI

Subject

Majlis Menandatangani MoU Antara Uitm Dan Tokyo Denki Universiti

Description

Pada 10 Ogos 2016, Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKJE) UiTM telah menerima kunjungan daripada delegasi Tokyo Denki Universiti (TDU), Jepun. Kunjungan tersebut dianjurkan oleh Pusat Komunikasi Pengajian Kejuruteraan (CECES) daripada FKJE sendiri bersempena dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi tersebut. TDU diwakili oleh Prof. Dr Hiroshi Yasuda (Presiden TDU) dan Prof. Dr Takehiko Kobayashi (Pengarah Pusat Antarabangsa TDU). Sebelum MoU dimeterai, TDU, perbincangan singkat telah diadakan dengan Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM di Pejabat Naib Canselor UiTM di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.. Di samping itu, satu kuliah khas daripada Presiden TDU bertajuk ‘Future Prospects in the Era of Web 3.0’ turut diadakan anjuran FKJE. Kerjasama ini akan bermula dengan penghasilan penyelidikan bersama khususnya dalam bidang Kejuruteraan Gelombang Mikro dan Kejuruteraan Maklumat di samping pertukaran pelajar, simposium, persidangan, kursus pendek serta mesyuarat mengenai isu-isu penyelidikan yang berkaitan.

Collection

Tags

Citation

“MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UiTM DAN TOKYO DENKI UNIVERSITI,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/137.

Output Formats