MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DENGAN 4 ORGANISASI
Title
Subject
Description
Pada 22 September 2016, telah berlangsung majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dengan Jabatan Muzium Malaysia, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESPORT), Nikon Malaysia dan Global Innovation & Entrepreneur Foundation (GIEF). Majlis yang bertempat di dewan Annex, UiTM Shah Alam ini telah disaksikan oleh YB Dato’ Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi. Turut sama hadir bagi menyempurnakan majlis ialah Encik Kamarul Baharin A.Kassim (Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia), YBhg Dato’ Latt Shariman (Presiden ESPORT Malaysia), Encik Mahfooz Rasool (Pengarah NR Nikon Malaysia) dan YBhg Dato’ Ghazi Sheikh Ramli (Pengasas dan Pengerusi GIEF). Objektif MoU ini adalah bagi menggalak dan mempromosi kerjasama dalam bidang media, seni kreatif & teknologi bagi pertukaran staf akademik dan bukan akademik dengan staf kerajaan; memberi latihan industri kepada pelajar UiTM; menubuhkan rancangan penyelidikan bersama dan menyusun serta menerbitkan hasil penyelidikan bersama. Perjanjian yang dimeterai merupakan salah satu usaha yang dapat memberi manfaat kepada graduan UiTM dalam menjana dan meningkatkan ekonomi negara, di samping memudahkan perlaksaan proses pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang media, seni kreatif & teknologi khususnya.