MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UiTM DENGAN STMIK AMIKOM JOGJAKARTA, INDONESIA

Title

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UiTM DENGAN STMIK AMIKOM JOGJAKARTA, INDONESIA

Subject

Majlis Menandatangani Mou Antara Uitm Dengan Stmik Amikom Jogjakarta, Indonesia

Description

Dalam usaha menyahut dasar kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menerusi pengeluaran kumpulan sumber manusia kreatif dan berkemahiran, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bekerjasama dengan Sekolah Tinggi Manajemen Informatika & Komputer (STMIK AMIKOM Jogjakarta) bagi melatih para pelajar menerusi program pertukaran dan mobiliti, selain daripada kolaborasi penyelidikan dan projek dalam bidang filem dan animasi. Sehubungan dengan itu, pada 16 september 2016, UiTM menerusi Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) telah menandatangani satu Perjanjian Persefahaman (MoU) selama dua (2) tahun dengan STMIK AMIKOM Jogjakarta. MoU ini bakal memperkukuhkan jalinan kerjasama antara dua negara, selain daripada meningkatkan kolaborasi projek dan penyelidikan antarabangsa, pertukaran staf dan pelajar termasuk penerbitan dan inovasi produk komersial dalam displin filem serta animasi. MoU ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said dan Presiden STMIK AMIKOM Jogjakarta, Professor Dr Mohammad Suyanto M.M. disaksikan oleh Dekan FiTA, YBhg. Dato’ Profesor A. Razak Hj. Mohaideen and Ketua Bidang Akademik STMIK AMIKOM, Drs. Bambang Sudaryatno M.M.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Ir Woro Indah Widiastuti, dari Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia dan juga dihadiri oleh delegasi UiTM yang terdiri daripada Encik Khairul Anwar Mat Kassim (Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri FiTA), Encik Ahmad Faizul Abd. Rashid (Ketua Pusat Pengajian Filem FiTA), dan Encik Muhammad Azhar Abdullah (Ketua Pusat Pengajian Animasi FiTA). Naib Canselor UiTM berkata, kolaborasi istimewa tersebut akan menyediakan satu landasan yang besar kepada jaringan yang mampan antara kedua-dua institusi pengajian tinggi dan penjanaan pendapatan dalam bidang multimedia kreatif. FiTA UiTM dan STMIK AMIKOM Jogjakarta juga bakal memulakan kolaborasi penjanaan pendapatan menerusi penghasilan satu projek khas animasi 13 episod yang bertajuk “Cheng Ho”. STMIK AMIKOM Jogjakarta, Indonesia merupakan sebuah universiti swasta berpusat di Jogjakarta dan bernaung di bawah Yayasan AMIKOM yang juga merupakan institusi pendidikan tinggi Indonesia yang pertama menerbitkan filem cereka animasi berjudul “Battle of Surabaya” menerusi syarikatnya, MSV Pictures.

Files

eBuletin_Salam_Julai_Disember_2017_044.jpg

Collection

Tags

Citation

“MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UiTM DENGAN STMIK AMIKOM JOGJAKARTA, INDONESIA,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 25, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/135.

Output Formats