MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DENGAN SSM
Title
Subject
Description
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengadakan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) pada 2 September 2016. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman anjuran Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi berlangsung di aras 7, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam dan telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, dan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM. Perjanjian yang dimeterai ini adalah salah satu usaha yang dapat memberi manfaat kepada graduan Bumiputera dalam menjana dan meningkatkan ekonomi negara. Mereka juga dapat mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan kerjaya setiausaha syarikat yang mencabar menerusi pelaksanaan Program ‘Melestari Setiausaha Syarikat Bumiputera’. Program ini dibahagikan kepada tiga (3) sesi, iaitu:
- Sesi pembelajaran menggunakan 13 modul Company Secretaries Training Programme (CSTP) yang dijalankan selama 5 hari;
- Sesi ujian bertulis; dan
- Sesi temuduga bagi peserta yang layak. Pihak UiTM dan SSM berharap dengan kolaborasi yang terjalin akan dapat melahirkan lebih ramai Setiausaha Syarikat dalam kalangan golongan muda Bumiputera.