MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DENGAN MARA

Title

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DENGAN MARA

Subject

Majlis Menandatangani MoU Antara Uitm Dengan Mara

Description

22 Julai 2016 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UiTM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) khusus dalam bidang pengurusan Pusat Sumber. Hala tuju memorandum persefahaman ini adalah untuk mengadakan satu usaha sama pintar dan perkongsian kepakaran bagi pembangunan dan penyelidikan (R&D) khususnya dalam bidang pengurusan Pusat Sumber. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said Naib Canselor UiTM dan YBhg. Datuk Ibrahim Bin Ahmad Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Turut Hadir pada majlis tersebut ialah Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat Prof. Madya Dr Mohd Sazili Shahibi, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan MARA, En. Kamaruzaman bin Jaffar, Ketua Penolong Pengarah MARA Knowledge Centre, Pn. Hazlina binti Jaafar, para pensyarah dan kakitangan MARA. Kerjasama yang telah dipersetujui merangkumi aktiviti seperti berikut:

  • mengadakan kerjasama Projek Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) dalam bidang Pusat Sumber,
  • membangunkan modul latihan lanjutan dalam bidang pengurusan Pusat Sumber,
  • mengadakan perkongsian kepakaran dalam bidang Pusat Sumber; dan
  • penempatan pelajar latihan industri di Pusat Sumber Pembelajaran (IPMa) Diharap dengan termeterainya MoU ini, akan merancakkan lagi bidang-bidang kerjasama yang sedia ada antara UiTM dan MARA, di samping menjana bidang kerjasama baharu yang memberi impak dan manfaat kepada kedua-dua institusi.

Files

eBuletin_Salam_Julai_Disember_2017_042.jpg

Collection

Tags

Citation

“MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DENGAN MARA,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/133.

Output Formats