MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DENGAN KPTM

Title

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DENGAN KPTM

Subject

Majlis Menandatangani MoU antara UiTM Dengan KPTM

Description

21 JULAI 2016 – Majlis Perjanjian Memorandum antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Kolej PolyTech MARA (KPTM) telah berlangsung di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajudin, UiTM Shah Alam. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Dr Mohammad Nawawi Dato’ Haji Seroji, Dekan Institut Pengajian Siswazah UiTM dan juga Timbalan Presiden Akademik Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) , YBrs. Encik Ismail Haji Junuh. Perjanjian ini dilihat sebagai jalinan kerjasama strategik ke arah mencapai matlamat pembangunan modal insan negara, khususnya bagi melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang pendidikan. Selaras dengan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSTPN), untuk melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama yang berpegang teguh kepada agama, bekerja kuat, bertanggungjawab dan berdaya saing. Diharapkan dengan termeterainya MoU ini, akan memberi impak dan manfaat kepada kedua-dua institusi dan meningkatkan lagi bidang-bidang kerjasama yang sedia ada antara UiTM dan KPTM untuk lebih maju pada masa hadapan.

Files

eBuletin_Salam_Julai_Disember_2017_041.jpg

Collection

Tags

Citation

“MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DENGAN KPTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/132.

Output Formats