[Pemakluman] Program Semarak Subuh Johor Bersama YAB Menteri Besar Johor
Title
Description
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Program Semarak Subuh Johor Bersama YAB Menteri Besar Johor
Sukacita dimaklumkan, Program Semarak Subuh Johor Bersama YAB Menteri Besar Johor akan berlangsung pada
13 Muharram 1457H / 9 Julai 2025 (Rabu) bertempat di Pusat Islam, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.
Pelbagai pengisian menarik menanti anda semua. Ayuh bersama-sama UiTM Cawangan Johor untuk mengimarahkan program dan solat Subuh secara berjemaah bersama-sama Pemimpin No. 1 Negeri Johor, YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
UiTM Cawangan Johor berbesar hati ingin menjemput semua warga (terutama Kampus Pasir Gudang) dan warga sekitarnya yang berkelapangan untuk hadir ke program ini.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Kehadiran semua amatlah kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️