Majlis Penyerahan Buku Potret Kenangan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM

Title

Majlis Penyerahan Buku Potret Kenangan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM

Subject


Buku Potret Kenangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM, Ahmad Fadhli Syed Hassan, Alumni UiTM, Jubli Intan Sultan Ibrahim, Sultan Ibrahim Al-Masyhur, Sejarah Johor, Kesultanan Johor, Tulisan Jawi, Cogan Kata Kerajaan Johor, Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Sejarah Melayu, Koleksi Perpustakaan

Description


Khamis lalu, menghadiri Majlis Penyerahan Buku Potret Kenangan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM hasil terbitan Saudara Ahmad Fadhli Syed Hassan, Alumni UiTM.

Buku Potret Kenangan merupakan sebuah karya yang merakamkan kembali peristiwa bersejarah sambutan Jubli Intan pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1955. Sambutan besar-besaran diseluruh negeri Johor waktu itu.

Kami memulakan ucapan dengan menonjolkan buku sambutan Jubli Intan dalam tulisan Jawi dan Inggeris yang dicetak semula dan menguja anak-anak Johor membaca apa yang tertulis di muka hadapan cetakan tersebut serta cogan kata di jata kerajaan Johor.

Alhamdulillah ada yang mampu membaca. Perkataan “Perajaan” (ڤراجاءن) yang kini hampir tidak digunakan lagi membawa maksud pemerintahan dan cogan kerajaan “Kepada Allah Berserah” (کڤد الله برسره) menjadi pegangan iktiqad kami anak Johor.

Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor yang telah memerintah dari 1895 hingga 1959 dan pada tahun 1955 genap 60 tahun pemerintahan Major General His Highness Sir Ibrahim.
Salasilah DYMM Tuanku Agong, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur.

Sempat kami becerita tentang sejarah Johor lama dan Johor moden, pengiktirafan kedaulatan kerajaan Johor moden oleh Kerajaan British dan Kerajaan Othmaniah yang benderanya ada dibendera Johor juga antara cerita Royal Blue dan Navy Blue.

Turut hadir Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (KIRRM), YB Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan, guru kami Dr. Habibah Ashari, Penyelaras Program dan Ts. Haji Azizi Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM.

Semoga penyerahan buku Potret Kenangan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak akan membolehkan karya ini terus dipelihara, dirujuk dan dimanfaatkan oleh warga universiti, penyelidik serta generasi akan datang.

Allah Peliharakan Sultan 

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan Majlis Penyerahan Buku Potret Kenangan hasil terbitan alumni UiTM, Ahmad Fadhli Syed Hassan, kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM serta perkongsian mengenai sejarah Kesultanan Johor, pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, tulisan Jawi dan pemeliharaan karya sejarah untuk rujukan generasi akan datang.

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay, Jawi, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Library Collection, Historical Documentation

Coverage

Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1CX3qahWFa/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Penyerahan Buku Potret Kenangan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2391.

Output Formats