Majlis Semarak Subuh UiTM Johor: 1,700 Orang Jemaah Berhimpun Memeriahkan Majlis Bersama YAB Menteri Besar Johor di UiTM Cawangan Johor
Title
Description
Jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, bersama Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Johor kerana bersama warga kampus dalam mengimarahkan Pusat Islam UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang sempena Majlis Semarak Subuh UiTM Cawangan Johor 2025 pagi tadi.
Majlis Semarak Subuh telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Kehadiran pelajar dan warga UiTM Pasir Gudang seawal jam 4.30 pagi telah memeriahkan program yang diisi dengan Qiamullail, Solat Subuh berjemaah, tazkirah oleh Ustaz Esby Islami bin Rifa’i, serta amanat khas daripada YAB Menteri Besar Johor.
Turut hadir, YBhg. Profesor Madya Dr. Saunah binti Zainon, menjalankan fungsi Rektor UiTM Johor.
Alhamdulillah, Majlis Semarak Subuh UiTM Cawangan Johor 2025 telah berjaya menghimpunkan lebih 1,700 warga kampus, termasuk staf, mahasiswa serta penduduk sekitar, dalam satu program kerohanian yang bermakna dan penuh dengan pengisian rohani.
Kehadiran para tetamu kehormat, Exco Kerajaan Negeri serta kerjasama erat daripada semua jawatankuasa kerja menjadikan program ini berjalan lancar dan penuh tertib.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Tahniah dan terima kasih kepada Yang Berusaha Penolong Rektor UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Dr. Siti Khadijah Alias, warga BHEI Pusat Islam dan warga UiTM Pasir Gudang amnya atas kejayaan menjadi tuan rumah.
Majlis ini bukan sahaja mencerminkan keharmonian antara institusi dan kepimpinan negeri, malah memperkukuh hubungan spiritual warga UiTM dalam usaha membentuk komuniti kampus yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Terima kasih daun keladi kepada YAB MB Dato’ Onn Hafiz Ghazi yang menawarkan tajaan untuk dua orang sarjana ilmuan luar negara tersohor untuk ditempatkan di UiTM Johor dengan pembiayaan penuh oleh Kerajaan Negeri Johor. Terima kasih YAB.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
#UiTMJohor
#MajuJohor
#SemarakSubuh