“Perjalanan Ke Kampus Jasin : Simposium Ornamental dan Suasana Menggamit Kenangan "
Title
“Perjalanan Ke Kampus Jasin : Simposium Ornamental dan Suasana Menggamit Kenangan "
Description
Simposium dihadiri oleh peserta antarabangsa juga secara hybrid dengan peserta atas talian. Tahniah Dekan dan warga Fakulti Perladangan dan Agroteknologi atas penganjuran yang berjaya, Alhamdulillah.
Sempat berpesan peri penting meneruskan tradisi ornamental plants dipersekitaran kita yang mempunyai pelbagai manfaat, dulu rumah-rumah kita dikelilingi perlbagai tumbuhan pelbagai warna dan bau, memberi keceriaan warna dan keenakan bau yang menenangkan.. hari ini ramai yang mungkin sudah tidak kenal lagi bunga melor, kenanga, kemboja, cempaka, kesidang dan banyak lagi.. apatah lagi kenal akan baunya, terkenang arwah nenek yang sering memetik bunga kenanga di hujung laman untuk diselit ditepi sanggul sebagai penghias yang mengharumkan… mengenang itu ku tanamkan sebatang, kini menghias pusara nenda dan bonda, moga ia terus bertasbih memohon keampunan buat mereka…
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.
(Al Isra’ 44)
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/15bWBX4BGz/
Collection
Citation
““Perjalanan Ke Kampus Jasin : Simposium Ornamental dan Suasana Menggamit Kenangan ",” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 11, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1384.