Kunjungan Strategik UiTM ke Markas Pasukan Simpanan TLDM : Mengukuh Kerjasama untuk Negara Tercinta
Title
Description
Alhamdulillah, pagi Sabtu 12 Julai 2025, UiTM telah mengadakan kunjungan hormat ke Markas Pasukan Simpanan TLDM yang disambut oleh Laksamana Pertama Azhar bin Adam, Panglima Pasukan Simpanan TLDM, dan Pegawai Kanan TLDM. Sebelum itu, menghadiri juga Majlis Perbarisan sambutan ulang tahun PSSTLDM.
Tujuan utama kunjungan adalah untuk membincangkan potensi kerjasama strategik antara agensi kerajaan untuk kepentingan negara.
-
Meningkat jumlah pelajar dan staf yang terlibat dalam program PLUS dan PSSTLDM.
-
Memperkukuh hubungan strategik menang-menang antara UiTM dan TLDM.
Delegasi UiTM disertai oleh Kept. Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah (TNC Jaringan Industri, Komuniti & Alumni) dan merupakan Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Timbalan Komandan dan team Palapes Shah Alam.
Turut hadir, Prof. Madya Dr. Saunah Zainon (Menjalankan fungsi Rektor UiTM Johor), En. Irwan Ismail (Timb. Rektor HEP UiTM Johor), Dr. Faridah Najuna Misman (Timb. Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri UiTM Johor), Dr. Siti Khadijah Alias (Penolong Rektor, Kampus Pasir Gudang), dan Dr. Muhammad Majid (Koordinator ICAN) dari UiTM Johor.
Sempat berziarah juga ke Pejabat Panglima Simpanan. Beliau sangat suka membaca dengan kadar sebuah buku seminggu. Kami berkongsi-kongsi pandangan terhadap tajuk-tajuk buku yang beliau minati.
Semoga ukhwah dan jalinan strategik ini memberi manfaat besar kepada pembangunan pelajar dan komuniti.
Markas Pasukan Simpanan TLDM
UiTM Cawangan Johor - Media FB Rasmi
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️