MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DAN QUEEN MARY UNIVERSITY OF LONDON
Title
Subject
Description
Pada 7 April 2016 yang lalu , termeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Queen Mary University of London, United Kingdom anjuran Fakulti Pergigian. Jalinan kerjasama ini telah dipersetujui oleh kedua belah pihak Universiti untuk saling memberi manfaat khususnya buat para pelajar dan staf di UiTM. Perjanjian ini mempunyai objektif yang jelas di mana kedua-dua universiti boleh mengadakan pertukaran pelajar selama tempoh yang telah ditetapkan sama ada sebagai pelajar atau membuat penyelidikan tertentu. Secara tidak langsung para pelajar berpeluang untuk mendapat pengalaman di luar negara di samping saling berkongsi dan bertukar pandangan, informasi dan cara pengajaran serta pembelajaran yang boleh diterapkan dalam suasana belajar di UiTM.