MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM & LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Title

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM & LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Subject

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM & LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Description

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Legoland Malaysia Resort telah mengadakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Perjanjian ini bertujuan untuk menjalinkan persahabatan dan kerjasama demi mencapai persepakatan serta mewujudkan asas kerjasama diantara dua pihak. Menerusi MoU itu, ia memberi peluang kepada pertukaran institusi antara fakulti dan kakitangan serta pertukaran maklumat yang relevan dan bersesuaian bagi ke dua-dua pihak. Pertukaran maklumat ini berkaitan dengan perkembangan dalam pengajaran terutama untuk pelajar serta pembangunan kakitangan dan inovasi dalam penyelidikan. Selain itu, keistimewaan yang boleh didapati ialah penuntut UiTM berpeluang untuk menjalani tempoh latihan praktikal atau penyelidikan di Legoland bersesuaian dengan bidang yang diceburi. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor yang berlangsung pada 18 April 2016 di Hotel Legoland Johor Bahru. Perjalanan majlis telah berjalan dengan lancar dan jayanya dan kedua pihak telah Berjaya mencapai persetujuan melalui perjanjian ini.

Files

bulitinsalam2016_056.jpg

Collection

Tags

Citation

“MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM & LEGOLAND MALAYSIA RESORT,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/141.

Output Formats