Perkongsian Hantaran : In Person With Doc Zam (IPWDZ) bersama pelajar program asasi daripada lima buah universiti

Title

Perkongsian Hantaran : In Person With Doc Zam (IPWDZ) bersama pelajar program asasi daripada lima buah universiti

Description



______________________________________________________________

" In Person With Doc Zam (IPWDZ) bersama pelajar program asasi daripada lima buah universiti merupakan pertama kali diadakan. Jika sebelum ini saya biasa bersama pelajar yang akan masuk ke program ijazah sarjana muda atau diploma, kali ini berbeza sedikit. Berinteraksi dengan anak-anak muda yang baru tamat belajar di alam persekolahan dan kini menginjak masuk ke alam universiti pastinya satu pengalaman baru untuk saya.

Dalam program IPWDZ hari ini yang menghimpunkan lebih 3000 pelajar daripada Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Pusat Asasi UiTM, Universiti Sains Islam Malaysia - USIM dan Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM, memberi peluang kepada saya berkongsi idea dan pandangan secara terus dengan pelajar-pelajar ini.

Walaupun usia mereka muda, namun kematangan dapat dilihat apabila mereka melontarkan soalan dan cadangan kepada saya. Sama seperti sebelum ini, saya berpesan kepada pelajar-pelajar ini bukan sahaja atas kapasiti seorang Menteri Pendidikan Tinggi, tetapi juga sebagai seorang ayah kepada anak. Belajar bersungguh-sungguh. Tetapkan impian dan gapailah cita-cita yang diimpikan. Bagi saya tiada yang mustahil dan setiap individu itu ada kelebihan masing-masing. Garap dan ciptalah kejayaan anda walau apa jua cita-cita yang diimpikan. Jika gagal, cuba lagi sehingga berjaya.

Saya juga berkongsi dengan pelajar-pelajar supaya jangan ada perasaan rendah diri disebabkan kita datang daripada latar belakang keluarga yang susah. Saya juga datang daripada keluarga yang susah. Alhamdulillah Allah bantu dan beri kekuatan untuk saya mengubah nasib diri dan keluarga. Begitu juga dengan anak-anak pelajar, tekadkan diri untuk lakukan sesuatu demi diri dan keluarga.

Peluang ini saya gunakan juga untuk menyatakan bahawa polisi kementerian tidak pernah meminggirkan kumpulan B40, M40 atau mana-mana golongan lain. Malah, merekalah yang menjadi keutamaan kami selagi mereka memenuhi syarat dan merit yang ditetapkan. Isu kononnya wujud pengambilan berdasarkan kuota tertentu adalah tidak tepat.

Kemasukan ke universiti awam masih berpandukan sistem UPUOnline sebagai saluran utama. Walaupun terdapat saluran alternatif lain, syarat kelayakan dan prinsip meritokrasi tetap diguna pakai tanpa kompromi. Semua calon tetap perlu memenuhi keperluan program sebelum ditawarkan tempat.

Saya mendoakan anak-anak pelajar akan berjaya kesemuanya kerana masa depan negara terletak di tangan anda semua. Fikir dan analisa sepenuhnya sebelum membuat sesuatu dan jadilah manusia yang dapat kembali menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Terima kasih kepada moderator hari ini Saudari Uyaina Arshad yang juga merupakan alumni Universiti Malaya. Bangga melihat alumni yang berjaya seperti ini.

Source

Official Facebook Page : Zambry Abd. Kadir

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AiW3DucLs/

Files

IPWDZ Di UM (1).jpg
IPWDZ Di UM (2).jpg
IPWDZ Di UM (3).jpg
IPWDZ Di UM (4).jpg
IPWDZ Di UM (5).jpg
IPWDZ Di UM (6).jpg
IPWDZ Di UM (7).jpg
IPWDZ Di UM (8).jpg
IPWDZ Di UM (9).jpg
IPWDZ Di UM (10).jpg

Collection

Tags

Citation

“Perkongsian Hantaran : In Person With Doc Zam (IPWDZ) bersama pelajar program asasi daripada lima buah universiti,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 19, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1400.

Output Formats