[Kerohanian] Haul Tok Ku ke-11: Merangkai Warisan Ulama dan Membangkitkan Kesedaran Ruhani

Title

[Kerohanian] Haul Tok Ku ke-11: Merangkai Warisan Ulama dan Membangkitkan Kesedaran Ruhani

Description



Alhamdulillah, healing minggu ini, direzekikan duduk dalam majlis, menadah ilmu dari habaib-habaib sempena Haul Tok Ku kali ke-11. Tahniah kepada penganjur, keluarga Tok Ku diketuai TG Syed Suhaimi Al Aydrus. Sangat bermanfaat, Alhamdulillah.

Antara tokoh yang hadir: Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Habib Jindan Bin Novel, Habib Abdullah Al Habsyi, Habib Soleh Muhammad Al Aydrus, juga Timbalan Mufti Terengganu, PM Dr. Syed Hadzrullathfi.

Melihat para habaib yang tersohor membuat kami teringat gambar-gambar lama leluhur keluarga kami, yang tidak lekang dengan serbannya, jubah, rida’ dan tongkat. Meruntun jiwa, bait-bait kalam dari lisan mereka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (At-Taubah: 119)

Semoga Allah tempatkan kita bersama orang-orang yang benar, amin.

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. (Dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (At-Taubah: 18)

Dalam apa keadaan sekalipun, jadilah kita "Ahlul Masjid" yang memakmurkan Masjid-Masjid Allah.

Hadis Nabi SAW daripada Abi Said Al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
"Bila kamu sekalian melihat seseorang yang sentiasa pergi ke masjid maka persaksikanlah keimanan untuknya."
(Riwayat al-Tirmizi 1060, Ibn Majah 802 dan Ahmad 3/68)

Kerapnya ke rumah Allah menjadi kayu ukur mudah untuk kita menilai diri, apakah kita benar beriman kepada Allah yang Esa.

Antara pesan penting Habib Zaenal Abidin, dalam zaman medsos dan AI ini, Habib menerangkan hadis yang panjang... intinya di hujung hadis... untuk masuk syurga dan terpelihara dari api neraka... jagalah lidah. Kami sampaikan hadisnya di sini:

وَعَنْ مُعَاذٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي مِنَ النَّارِ؟ قَالَ: «لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ عَظِيمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَيْهِ: تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ الْبَيْتَ» ثُمَّ قَالَ: «أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ» ثُمَّ تَلَا: {تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ} حَتَّى بَلَغَ {يَعْمَلُونَ}، ثُمَّ قَالَ: «أَلَا أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الْأَمْرِ، وَعَمُودِهِ، وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ؟» قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: «رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ» ثُمَّ قَالَ: «أَلَا أُخْبِرُكَ بِمِلَاكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟» قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالَ: «كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فَقَالَ: «ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ، وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ؟»
(Riwayat al-Tirmizi, katanya: Hadis hasan sahih)

Daripada Mu’az RA dia berkata: Aku berkata,
"Wahai Rasulullah, khabarkan aku sebuah amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka."
Baginda bersabda, "Engkau telah bertanya suatu yang sangat agung, dan sesungguhnya hal itu adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah Ta’ala: Sembahlah Allah dan jangan engkau mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun, dirikanlah solat, tunaikan zakat, puasa Ramadan, dan tunaikan haji."
Kemudian Baginda bertanya, "Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadam api, dan solat seseorang pada tengah malam."

Kemudian Baginda membaca ayat Surah As-Sajadah: 16-17

Kemudian Baginda bersabda, "Mahukah kamu aku khabarkan pokok segala perkara, tiang dan puncaknya?" Aku berkata, "Tentu, wahai Rasulullah."
Baginda bersabda, "Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad."
Kemudian Baginda bersabda, "Mahukah aku khabarkan kepadamu kunci untuk semua itu?"
Aku menjawab, "Tentu, wahai Rasulullah."
Baginda memegang lidahnya seraya berkata, "Jagalah ini."
Aku bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah kita akan dihisab kerana ucapan kita?"
Baginda bersabda, "Ibumu kehilanganmu! Tidakkah manusia tersungkur ke dalam api neraka di atas mukanya kecuali hasil dari lidah mereka?"

Antara pesan lain yang kami kutip dari majlis tersebut untuk bersama sodikin dari Ahlul Bait, bila mana mereka juga mu’allim dan ulama’. Mudah-mudahan kita sama-sama tergolong dalam golongan orang-orang sodikin. Amin.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka yang berharga: Al-Qur’an dan ‘Itrahku, Ahlul Baitku."
(Shahih At-Tirmidzi 2:219)

Alhamdulillah, telah direzekikan berziarah Makam Tok Ku Tuan Besar dan musafir ke bumi Darul Iman ini ditutup dengan ziarah ke Makam Tok Ku Paloh. Semoga Allah ampunkan mereka dan tempatkan mereka dalam kalangan aulia’ dan solihin. Amin.

Terima kasih kepada Buya Dato Syed Abu Bakar Al Aydrus kerana menyambut kami di Makam Tok Ku Paloh. Sempat sembang nama Tok Ku Paloh: Syed Abdul Rahman Bin Muhammad. Nama arwah atuk kami: Muhammad. Nama moyang kepada moyang kami: Abdul Rahman. Nama sepupu kami di Singapura pula: Habib Abu Bakar Hamid Azmatkhan.

Moga ukhuwah persaudaraan Islam terus mekar, dan risalah Nabi SAW terus segar ke akhir zaman. Amin.

Sekretariat Haul Tokku Paloh
Masjid Tok Ku Tuan Besar - Rasmi
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا

vcuitm7
GRU2025
Malaysia MADANI
UiTM di Hatiku

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/15rsH7ngeT/

Files

Haul Tok Ku Kali Ke 11 (1).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (2).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (3).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (4).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (5).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (6).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (7).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (8).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (9).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (10).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (11).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (12).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (13).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (14).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (15).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (16).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (17).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (18).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (19).jpg
Haul Tok Ku Kali Ke 11 (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“[Kerohanian] Haul Tok Ku ke-11: Merangkai Warisan Ulama dan Membangkitkan Kesedaran Ruhani,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 29, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1404.

Output Formats