Doa dan Harapan dalam Memperkasakan UiTM
Title
Doa dan Harapan dalam Memperkasakan UiTM
Description

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang merezkikan segala sesuatu kepada semua makhluk-Nya.
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya serta tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Hud 6)
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُم مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Hud 56)
Terima kasih semua atas ingatan, ucapan dan doa. Semoga Allah makbulkan semua doa untuk kita semua, merahmati kita, menurunkan Nusrah agar kita terus berjuang menjunjung universiti keramat ini agar terus tersohor melahirkan anak bangsa profesional demi kemakmuran dan kelangsungan Agama, Bangsa dan Tanahair, Amin Ya Allah.
Angin sepoi menyapa taman
Kalam Allah jadi Pedoman
Terima kasih ingatan dan ucapan
Moga dirahmat Allah sepanjang zaman
Fajar menyinsing cahaya rahmat
Zikir dan Doa penguat semangat
Moga direzki Hikmat Makrifat,
Memegang Syariat menuju Hakikat
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ. مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ. لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ. أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.
“Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Kepada-Mu aku bertawakal, dan Engkaulah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Apa sahaja yang Engkau kehendaki pasti berlaku, dan apa sahaja yang tidak Engkau kehendaki tidak akan berlaku. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmu-Nya. Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan setiap makhluk.
Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.”
Baru ni ada yang tegur kami dah macam Korea, ni Pelajar KPP/ITM ‘87.
جزاكم الله خير الجزاء
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1B7y6Lbhh7/
Collection
Citation
“Doa dan Harapan dalam Memperkasakan UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 27, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1414.