Perkongsian Hantaran : Dikongsikan Dari Hantaran Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, Senator Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir

Title

Perkongsian Hantaran : Dikongsikan Dari Hantaran Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, Senator Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir

Description



Saya dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman terbaharu oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang memperlihatkan iltizam kerajaan dalam terus menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Langkah seperti pemberian kredit tunai one-off kepada rakyat dewasa, penurunan harga bahan api bersubsidi serta penangguhan kenaikan kadar tol merupakan antara manifestasi jelas keprihatinan kerajaan terhadap tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa ini.

Bagi pihak KPT, inisiatif ini amat dialu-alukan kerana ia turut memberi manfaat langsung kepada mahasiswa dan warga institusi pendidikan tinggi di seluruh negara. Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus memberikan sokongan padu terhadap agenda MADANI yang mengutamakan nilai ihsan, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat dalam setiap dasar dan pelaksanaannya.

Source

Official Facebook Page : Zambry Abd. Kadir

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/16hT5MKCF8/

Files

Pengumuman YAB PM (1).jpg
Pengumuman YAB PM (2).jpg
Pengumuman YAB PM (3).jpg
Pengumuman YAB PM (4).jpg
Pengumuman YAB PM (5).jpg
Pengumuman YAB PM (6).jpg

Collection

Tags

Citation

“Perkongsian Hantaran : Dikongsikan Dari Hantaran Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, Senator Dato' Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 27, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1415.

Output Formats