Majlis Makan Malam,Mesyuarat Pendaftar dengan Ketua Pentadbiran UiTM (MPKP) MPKP 2025 & Ucapan Utama Sesi Libat Urus Pembangunan Bakat UiTM2030

Title

Majlis Makan Malam,Mesyuarat Pendaftar dengan Ketua Pentadbiran UiTM (MPKP) MPKP 2025 & Ucapan Utama Sesi Libat Urus Pembangunan Bakat UiTM2030

Description



Selesai urusan di Balik Pulau kami terus ke Majlis Makan Malam, Mesyuarat Pendaftar dengan Ketua Pentadbiran UiTM (MPKP 2025) bertempat di Hotel Putra Brasmana, Perlis.

Majlis makan malam diadakan bagi bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim serta hubungan strategik antara semua Ketua Pentadbiran yang hadir ke Mesyuarat Pendaftar dengan Ketua Pentadbiran UiTM (MPKP 2025). Terima kasih kepada JK pelaksana, ada pulut kuning pula untuk meraikan kami-kami yang menyambut hari lahir dalam bulan Julai.

Pagi ini pula diberi ruang memberi ucap utama dengan tema Mesyuarat, Ketampakan dan Kebersamaan Pentadbir UiTM.

Menekankan kembali memfokus kepada 9R dan fungsi Pentadbir sebagai tulang belakang universiti keramat ini.

Berjalan jauh ke hujung desa,
Singgah sebentar di pohon kayu,
Bersatu hati binalah bangsa,
Pentadbir tulang belakang cekal maju

Kami hanya sempat mengulas dua dari fokus-fokus utama yang akan dilaksanakan dalam merealisasikan Perancangan Strategik UiTM2030 kelak melalui wadah MPKP ini iaitu:
(1): Ketampakan Pentadbir (Visibility)
(2): Kebersamaan Pentadbir (Sense of Belonging)
(3): Kerelevanan Pentadbir (Relevant)
(4): Ketangkasan Pentadbir (Agility)
(5): Kebingkasan Pentadbir (Resilience)
(6): Kemajuan Kerjaya Pentadbir

Dan sekaligus memulakan Sesi Libat Urus Pembangunan Bakat UiTM2030.

Banyak mengingatkan yang hadir tentang makna perkara-perkara asas, tentang Al-Qawi, Al-Amin, Sabar dan Ukhwah.

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1ApgdF8onk/

Files

Majlis Makan Malam MPKP 2025 (1).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (2).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (3).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (4).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (5).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (6).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (7).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (8).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (9).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (10).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (11).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (12).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (13).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (14).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (15).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (16).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (17).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (18).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (19).jpg
Majlis Makan Malam MPKP 2025 (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“Majlis Makan Malam,Mesyuarat Pendaftar dengan Ketua Pentadbiran UiTM (MPKP) MPKP 2025 & Ucapan Utama Sesi Libat Urus Pembangunan Bakat UiTM2030,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 5, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1423.

Output Formats