[Penghargaan] Perkongsian Hantaran : Pelajar UiTM Dungun Dinobat Pelajar Ketiga Terbaik Dunia dalam Subjek ACCA FA1 Recording Financial Transactions

Title

[Penghargaan] Perkongsian Hantaran : Pelajar UiTM Dungun Dinobat Pelajar Ketiga Terbaik Dunia dalam Subjek ACCA FA1 Recording Financial Transactions

Description



Ahmad Nur Iman Ahmad Fauzi, 19 tahun, pelajar Asasi Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus Dungun telah diiktiraf sebagai pelajar terbaik peringkat negara dan ketiga terbaik dunia bagi subjek Merekod Transaksi Kewangan (Recording Financial Transactions) FA1 dalam peperiksaan ACCA bagi sesi Mac lalu.

Pelajar dari Kampung Telaga, Hulu Terengganu ini memilih melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan kini sedang menimba ilmu dalam kelayakan profesional ACCA, sekali gus membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk meraih kejayaan bertaraf dunia.

ACCA merupakan kelayakan profesional perakaunan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan setara dengan tahap Sarjana Muda di Malaysia. Manakala di United Kingdom, kelayakan ini diiktiraf setaraf peringkat Sarjana.

#MalaysiaMADANI
#RancakMADANI
#MADANIBekerja

Source

Official Facebook Page : Kementerian Pendidikan Tinggi

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/16uWdQvEdP/

Files

Pelajar UiTM Dungun.jpg

Collection

Tags

Citation

“[Penghargaan] Perkongsian Hantaran : Pelajar UiTM Dungun Dinobat Pelajar Ketiga Terbaik Dunia dalam Subjek ACCA FA1 Recording Financial Transactions,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 7, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1425.

Output Formats