[Foto] Perkongsian Hantaran : Sejarah Penubuhan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Title

[Foto] Perkongsian Hantaran : Sejarah Penubuhan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Description



Hari ini Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berusia 53 tahun.
29 Julai 1972, PTAR dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Sejak penubuhannya, PTAR bukan sekadar pusat maklumat — ia adalah medan ilmu, ruang inovasi, dan pemangkin kecemerlangan akademik. PTAR juga saksi pelbagai sejarah institut ini bermula di Jalan Othman Petaling Jaya, Kampus Induk di Shah Alam dan pembangunan Perpustakaan UiTM di seluruh cawangan ITM-UiTM.
Hampir setahun selepas itu, 14 Julai 1973, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, telah mengadakan lawatan rasmi ke kampus Institut Teknologi MARA (ITM) di Shah Alam, Selangor bagi meninjau kemajuan kampus baharu tersebut dan memberi sokongan moral kepada pihak Institusi.
Antara lokasi tumpuan dalam lawatan itu termasuklah kompleks Perpustakaan Tun Abdul Razak, iaitu perpustakaan utama ITM.

Koleksi foto arkib daripada Jabatan Penerangan Malaysia menunjukkan Tun Dr. Ismail sedang melihat dan meneliti beberapa buah buku di Perpustakaan Tun Abdul Razak, diiringi oleh Dr. Arshad Ayub (Pengarah ITM) dan Cik Rugayah Abd. Rashid (Ketua Perpustakaan ITM).

Selamat Ulang Tahun untuk semua warga Perpustakaan Tun Abdul Razak ! Terima kasih kerana menerajui rumah ilmu dan kenangan buat seluruh warga UiTM.

Gambar 1 : Sejarah Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam

Gambar 2: Perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak oleh YAB Tun Abdul Razak

Gambar 3 : Lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman

Gambar 4-9: Staf Perpustakaan tahun 1970an-80an

Gambar 10-11 : Fakad bahagian hadapan dan sisi bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak pada tahun 1996

Date

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1PxzZejjsU/

Files

53 Tahun Penubuhan PTAR (01).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (02).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (03).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (04).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (05).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (06).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (07).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (08).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (09).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (010).jpg
53 Tahun Penubuhan PTAR (011).jpg

Collection

Tags

Citation

“[Foto] Perkongsian Hantaran : Sejarah Penubuhan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 7, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1426.

Output Formats