MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DAN VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY, RUSSIA

Title

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DAN VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY, RUSSIA

Subject

MoU ANTARA UiTM DAN VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY, RUSSIA

Description

Universiti Teknologi MARA (UiTM), telah memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) bersama dengan Volgograd State Medical University, Russia yang diwakili oleh Prof. Dr. Alexander A.Spasov pada 19 April 2016, bertempat di Bilik Mesyuarat Canseleri Aras 6. Perjanjian ini merupakan satu kolaborasi di mana kedua-dua Universiti bersetuju untuk berkongsi maklumat, tenaga dan kepakaran demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Tujuan perjanjian ini adalah untuk memberi peluang terutamanya kepada pelajar UiTM yang menceburi bidang perubatan untuk merasai suasana pembelajaran dan sistem yang berbeza di Volgograd State Medical University yang boleh dimanfaatkan untuk kemajuan UiTM. Tambahan pula, pendedahan seperti ini juga merupakan satu latihan untuk meningkatkan kualiti mahasiswa UiTM. Semoga dengan perjanjian ini kedua pihak dapat mengambil manfaat dan digunakan untuk pembangunan pada masa hadapan.

Files

bulitinsalam2016_057.jpg

Collection

Tags

Citation

“MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UiTM DAN VOLGOGRAD STATE MEDICAL UNIVERSITY, RUSSIA,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/143.

Output Formats