UiTM Dan Brunei Kerjasama Dinamik Mewujudkan Rangkaian Kelestarian Dalam Bidang Alam Bina Di Peringkat Asean

Title

UiTM Dan Brunei Kerjasama Dinamik Mewujudkan Rangkaian Kelestarian Dalam Bidang Alam Bina Di Peringkat Asean

Description

SHAH ALAM, 19 JULAI 2022– Satu Memorandum Persefahaman dimeterai antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur dengan Brunei Institution of Geomatic (B.I.G) dan M.D Associates bagi membangun dan menambah baik pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan antara institusi kedua negara. MoU dimeterai antara Naib Canselor UiTM, Professor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dengan Presiden Brunei Institution of Geomatics, Haji Ali Bakar Haji Kasim dan juga Perunding Utama M.D Associates, Mohd Don Omar di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.

Perjanjian persefahaman ini bertujuan membuka ruang kepada perkongsian kepakaran dan ilmu khususnya dalam bidang hartanah melalui program, aktiviti, seminar, penyelidikan dan lain-lain perantara sesuai perancangan. Selain itu, kolaborasi ini juga dilihat sebagai langkah strategik mengukuhkan sinergi dan kerjasama dinamik ke arah mewujudkan rangkaian kelestarian bidang alam bina antara dua negara sesuai agenda pengantarabangsaan dan penarafan UiTM.

Files

UiTM-x-Brunei-2-768x512.jpg
UiTM-x-Brunei-3-768x512.jpg
UiTM-x-Brunei-4-768x512.jpg

Collection

Citation

“UiTM Dan Brunei Kerjasama Dinamik Mewujudkan Rangkaian Kelestarian Dalam Bidang Alam Bina Di Peringkat Asean,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/290.

Output Formats

Geolocation