UiTM Flying High With Malaysia Airlines
Title
Description
UiTM and Malaysia Airlines Berhad (MAB) have a long iconic history of working together. Our fashion lecturers designed the cabin crew uniform 'Sarong Kebaya' in 1986. Seven months ago, Malaysia Airlines unveiled a special livery bearing the 'Harimau Malaysia' on its Airbus 330 aircraft, creatively designed by Dr Mohamed Razeef Abdul Razak and Dr Verly Veto Vermol from the College of Creative Arts. A joint project with the Football Association of Malaysia (FAM).
Today, the long-standing connection was further strengthened with the signing of an MoU for programmes relating to academic, graduate employability, joint-publication, training, and co-campaign initiative via the MyAlumni UiTM platform.
This MoU is a collaboration between the Industry, Community & Alumni Network Office and the Faculty of Business & Management under the supervision of VCOSP (Vice-Chancellor's Office Special Project).
During the ceremony, guests watched two videos from UiTM and MAS. One of the talents featured in both videos is our alumni. Captain Izham Ismail, Group Chief Executive Officer of MAG, also told the audience that Mr. Mohd Roslan Ismail, Head of Global Sales of MAB, is also a UiTM alumnus. Knowing the facts makes me incredibly proud.
In his address, Captain Izham also announced a special discount promotion of up to 20% for UiTM graduates and family members, starting on September 10 and will be extended for up to a year for the MH and FY flight codes. Meanwhile, UiTM alumni who register on the MyAlumni UiTM app will receive a 15% discount.
Meanwhile, the culinary arts management students are given opportunities to get 6 months of experience in the In-Flight Operations department.
Alhamdulilah, thank you! Malaysia Airlines.
On that note, I'd like to express my heartfelt gratitude to Captain Izham Ismail for a unique gift of a book published by Malaysia Aviation Group (MAG), titled "Rising to a New Horizon- A new Journey begins". ~RT
Register at https://alumniuitm.uitm.edu.my/ to enjoy UiTM-Malaysia Airlines promotions.
UiTM TERBANG TINGGI BERSAMA MALAYSIA AIRLINES.
UiTM dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) mempunyai sejarah kerjasama yang ikonik. Pada tahun 1987, uniformnya ‘Sarong Kebaya’ telah mendapat sentuhan artistik dari pensyarah fesyen ITM/UiTM. 7 bulan yang lalu, Malaysia Airlines telah memperkenalkan reka bentuk kapal terbang Airbus 330 bertemakan ‘Harimau Malaya’ hasil rekaan kreatif oleh Dr Mohamed Razeef Abdul Razak dan Dr Verly Veto Vermol dari Kolej Pengajian Seni Kreatif. Ia adalah projek kolaborasi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pada hari ini, hubungan yang telah sekian terjalin diperkukuhkan lagi dengan pemeteraian MoU bagi usahasama berkaitan akademik, kebolehpasaran graduan, penerbitan, latihan dan kerjasama kempen yang melibatkan jaringan alumni menerusi platform MyAlumni UiTM.
Kerjasama ini dikoordinasikan oleh Pejabat Jaringan Industri, Komuniti & Alumni serta Fakulti Pengurusan & Perniagaan di bawah pemantauan VCOSP ( Projek Khas Pejabat Naib Canselor).
Semasa majlis, tetamu dipertontonkan video dari UiTM dan MAS. Uniknya salah seorang bakat yang ditampilkan dari kedua-dua video tersebut adalah alumni universiti ini. Bahkan Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG turut memberitahu bahawa pegawai beliau Encik Mohd Roslan Ismail, Ketua Jualan Global MAB adalah juga alumni UiTM. Saya amat berbangga ketika mengetahuinya.
Kapten Izham dalam ucapannya turut mengumumkan kempen diskaun khas sehingga 20% kepada graduan UiTM dan ahli keluarga yang bermula pada 10 September nanti dilanjutkan sehingga satu tahun untuk rangkaian kod penerbangan MH dan FY. Sementara diskaun sehingga 15% kepada alumni UiTM yang mendaftar di MyAlumni UiTM app.
Dalam pada itu, peluang juga dibuka buat mahasiswa program kulinari untuk menimba pengalaman selama 6 bulan di jabatan operasi in-flight.
Syukur Alhamdulilah, terima kasih! Malaysia Airlines.
Akhir sekali, sekalung penghargaan khas kepada Kapten Izham Ismail atas cenderamata buku “Rising to a New Horizon- A new Journey begins” terbitan Malaysia Aviation Group (MAG) ~RT
Source
Date
Collection
Citation
“UiTM Flying High With Malaysia Airlines,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/326.