Aktiviti 15 Ramadan

Title

Aktiviti 15 Ramadan

Description

Aktiviti 15 Ramadan dimulai dengan kunjungan Duta Uzbekistan ke Malaysia H.E. Karomidin Gadoev, berbicang pelbagai perkara kerjasama antara UiTM dan Univerisiti di Uzbekistan. Beliau hadir untuk menerima koleksi sumbagan buku dari warga UiTM sebanyak 20 kotak untuk kegunaan universiti di Uzbek.
The Book Drive Project merupakan aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) di bawah inisiatif Department of International Affairs, UiTM Global. Sebelum ini sebanyak 700 buah sumbangan buku telah diserahkan kepada pihak Kedutaan Republik Uzbekistan di Malaysia pada 1 Jun 2022.
Berbincang pula bersama Pengarah Urusan Petro Teguh, DS Azmin, berkaitan Hub Pendidikan Keushawanan Pelajar di Kampus UiTM Puncak Alam bersama Rektor dan team UCS.
Sempat juga memuktamadkan buku laporan projek Songket Selangor, Projek Khas VC, meneruskan usaha yang telah dimulakan oleh VC ke 6. Alhamdulillah penghasilan hasil seni yang cukup unik. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Selepas itu bersama team Falak UiTM, membuat pelan tindakan untuk mengembangkan Ilmu Falak dan Astronomy di UiTM.
Ditutup dengan majlis MOU atas talian bersama Cardiff University yang diwakili Professor Wendy Larner, yang merupakan President dan Vice-Chancellor. Tahniah AAGBS atas usaha murni ini.
Usaha Taqwa Mulia
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani

Date

Language

Malay

Identifier

428612073024927

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/428612073024927

Files

Collection

Tags

Citation

“Aktiviti 15 Ramadan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/617.

Output Formats