[Kerohanian] Perkongsian Pengalaman : Pedoman Kepimpinan dari Kisah Nabi Musa A.S. serta Perkongsian dari Buku The Way Forward (IR4.0), Klaus Schwab

Title

[Kerohanian] Perkongsian Pengalaman : Pedoman Kepimpinan dari Kisah Nabi Musa A.S. serta Perkongsian dari Buku The Way Forward (IR4.0), Klaus Schwab

Description


Salam Jumaat,

Mencoret antara perkongsian bersama Pentadbir UiTM Ahad lalu di Perlis, kami berkongsi pentingnya profiling, mengenal diri dan mengenal orang sekeliling. Juga berkongsi dua sifat utama untuk seorang pekerja mahupun seorang pemimpin yang kita ambil pengajaran dari kisah Nabi Musa A.S.

‎قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata:
"Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah."
(Al-Qasas: 26)

Ayat ini menceritakan kisah Nabi Musa A.S. dalam baginda keluar dari Mesir dan mencari tempat berehat dan bertemu dengan dua orang wanita sedang menggembala kambing. Ringkasnya, seorang darinya mencadangkan kepada bapa mereka untuk mengambil Nabi Musa A.S. sebagai pekerja.

‎إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang Anda upah/ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.
Hujung ayat jelas dua sifat utama iaitu kuat dan amanah.

Kuat di sini bukan saja fizikal tetapi membawa maksud kompeten, dengan ilmu, kemahiran dan sikap serta nilai murninya. Baik akal budi, budi pekerti dan hati budi. Kuat fizikalnya, kuat hatinya, kuat rohaninya dan kuat aqalnya.

Dalam bab akhir The Way Forward, buku IR4.0, Schwab juga menyimpulkan untuk menghadapi cabaran disruptive technology:

“We can only meaningfully address these challenges if we mobilize the collective wisdom of our minds, hearts and souls. To do so, I believe we must adapt, shape and harness the potential of disruption by nurturing and applying four different types of intelligence:
– contextual (the mind) – how we understand and apply our knowledge
– emotional (the heart) – how we process and integrate our thoughts and feelings and relate to ourselves and to one another
– inspired (the soul) – how we use a sense of individual and shared purpose, trust, and other virtues to effect change and act towards the common good
– physical (the body) – how we cultivate and maintain our personal health and well-being and that of those around us to be in a position to apply the energy required for both individual and systems transformation.”

Intinya, “collective wisdom of our minds, hearts and souls” — kebijaksanaan kolektif akal, hati dan rohani.

Ayat yang pendek tadi juga menggambarkan pentingnya keupayaan mengenal potensi dan sifat seseorang dari tindak tanduk perbuatan dan percakapan seseorang. Sebagai pendidik, harus kita kenal gaya pembelajaran juga rakan sekerja sama ada mereka visual, auditori, kinestetik, membaca atau multimodal, untuk kita menjadi pendidik mahupun pekerja yang berkesan.

Terlebih penting — kenalkah diri kita sendiri?

‎من عرف نفسه فقد عرف ربه
Barangsiapa mengenal dirinya, maka ia mengenal Tuhannya.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام، بڠسا، دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku ❤️

Date

Language

Malay, Arabic, English

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19aAAMXNq5/

Files

525977787_764991926053605_354827662409007517_n.jpg
526006779_764991919386939_3160648949304276652_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“[Kerohanian] Perkongsian Pengalaman : Pedoman Kepimpinan dari Kisah Nabi Musa A.S. serta Perkongsian dari Buku The Way Forward (IR4.0), Klaus Schwab,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 4, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1438.

Output Formats