Program Adiwangsa Bersama Naib Canselor UiTM: Sirih Pulang ke Gagang
Title
Description
Alhamdulillah pada pagi tadi telah berlangsungnya Program Adiwangsa Bersama Naib Canselor UiTM: Sirih Pulang ke Gagang bertempat di Sekolah Tinggi Segamat. Program ini merupakan anjuran bersama UiTM Cawangan Johor dan Sekolah Tinggi Segamat.
Program berimpak tinggi ini merupakan salah satu inisiatif di bawah agenda Pemerkasaan Adiwangsa UiTM. Bertemakan pepatah Melayu "Sirih Pulang ke Gagang", program ini meraikan kami sebagai alumni Sekolah Tinggi Segamat (STS) tahun 1980–1984.
Ketibaan kami telah disambut mesra oleh YBrs. Cikgu Mohamad Shah Hashim, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat (STS) dan pengurusan kanan STS serta Pengerusi Alumni STS. Turut serta dalam program ini adalah Profesor Dr. Amer Shakir Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) UiTM, Profesor Madya Dr. Saunah Zainon, Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Johor, barisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Johor, barisan guru dan murid-murid tingkatan 4 Sekolah Tinggi Segamat.
Selain memberi inspirasi dan motivasi kepada para pelajar melalui perkongsian pengalaman dan kejayaan dalam bidang pendidikan tinggi dan kepimpinan, kami sempat bercerita kenangan kami semasa di STS, bagaimana cintanya beliau terhadap ilmu dan menyeru semua anak-anak STS untuk menghormati serta menghargai peranan guru di sekolah.
Kami juga turut mengisytiharkan STS sebagai sekolah angkat UiTM Cawangan Johor. Insya-Allah dengan pengumuman ini, jalinan kerjasama antara STS dan UiTM akan lebih kukuh dan seterusnya membuktikan universiti dan masyarakat berpisah tiada. Semoga usaha ini memberikan kesan langsung dalam bidang pembangunan pendidikan, bimbingan, akademik, serta kepimpinan pelajar, insya-Allah.
Selesai majlis, kami dibawa melawat sekitar sekolah, mengimbau kenangan lebih 40 tahun lalu. Tuan Pengetua menunjukkan buku album sekolah, Ophir 1984, gambar kami sebagai ketua kelas 5 Sains 1. Tahun depan umur bangunan utama STS genap 100 tahun, ia bermula dari GES tahun 1914 di Jalan Abdullah.
Semoga Allah rahmati semua guru-guru kami, Amin .
#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️