UiTM Bersama Komuniti: Santuni MADANI Menyemai Bakti di Kg. Sepinang

Title

UiTM Bersama Komuniti: Santuni MADANI Menyemai Bakti di Kg. Sepinang

Description


Alhamdulillah pada hari ini Jumaat sangat bermakna, bertempat di Sek. Keb. Sepinang & Masjid Kg. Sepinang, Program Santuni MADANI: UiTM Bersama Komuniti Kg. Sepinang telah berlangsung dengan jayanya. Bermula seawal 8.00 pagi, pelbagai penyusunan aktiviti telah dibuat dan dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai lapisan komuniti Kampung Sepinang yang sangat mesra. Antara pelaksanaan aktiviti adalah seperti senamrobik bersama Unit Sukan UiTM, pemeriksaan kesihatan percuma melibatkan Fakulti Perubatan, Pergigian & Sains Kesihatan UiTM, pemeriksaan mata & ujian darah dan klinik pergigian untuk komuniti.

Program ini memilih kampung kelahiran kami sebagai tempat pelaksanaannya setelah pemilihannya mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Kewangan. Telah bermula sekitar Mei 2025 dan masih lagi berjalan. Terdapat 8 program secara keseluruhannya telah dan bakal berlangsung. Semoga usaha ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti di Kg. Sepinang.

Manakala pada sebelah petang, program diteruskan dengan Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI: UiTM Bersama Komuniti Kg. Sepinang yang telah diserikan dengan kehadiran YB Dato' Zahari Sarip (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor merangkap ADUN Buloh Kasap).

Di dalam ucapan aluan, kami mengimbau memori lama membesar di kampung, khususnya di sekolah Kg. Sepinang kerana rumah kami betul-betul di sebelah sekolah. Ilmu-ilmu agama dan lama yang kami kutip dari orang-orang tua kampung yang kini telahpun lama pergi meninggalkan kita, betapa perlunya generasi baharu meneruskan perjuangan.

Turut serta dalam majlis ini adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Saunah Zainon (Menjalankan Fungsi Rektor UiTM Cawangan Johor), barisan Pengurusan Eksekutif UiTM, Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), Pengurusan Kanan UiTM serta wakil-wakil agensi kerajaan Daerah Segamat, Guru Besar SK Sepinang, Ketua Kampung dan penduduk Kampung Sepinang.

Acara turut disemarakkan dengan tayangan montaj pelancaran, cabutan bertuah, sesi bergambar dan doa selamat di Masjid Kg. Sepinang.

Setelah selesai, kami menjemput ahli MEU dan JKEN UiTM Johor singgah ke rumah kami untuk merasa durian Segamat walaupun dah hujung musim, Alhamdulillah direzekikan.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis hari ini secara langsung atau tidak langsung. Allah jualah yang membalas segala budi baik semuanya, Amin.

UiTM Cawangan Johor - Media FB Rasmi

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Files

VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (1).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (2).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (3).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (4).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (5).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (6).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (7).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (8).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (9).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (10).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (11).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (12).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (13).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (14).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (15).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (16).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (17).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (18).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (19).jpg
VC UiTM Santuni Madani Kg Sepinang (20).jpg

Collection

Tags

Citation

“UiTM Bersama Komuniti: Santuni MADANI Menyemai Bakti di Kg. Sepinang,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 4, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1456.

Output Formats