“ABM 2026 UiTM Seremban : Pembentangan & Lawatan Proaktif”
Title
“ABM 2026 UiTM Seremban : Pembentangan & Lawatan Proaktif”
Description

Alhamdulillah selesai membuat pembentangan pembukaan kepada sesi Rundangcara Permohonan Jawatan Baharu dalam Anggaran Belanja Mengurus 2026 (ABM 2026) bertempat di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.
Setelah itu mengadakan lawatan ke Kolej Kediaman, melihat projek baik pulih dan kerja mengecat yang sedang dijalankan oleh kontraktor syarikat konsesi. Sempat juga menguji kelajuan WiFi di bilik kediaman pelajar yang mencecah lebih 130 Mbps. Singgah juga di Perpustakaan melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan, amat selesa dan teratur.
Menjenguk juga ke Kampus Kuala Pilah, meninjau pelaksanaan Projek baikpulih Rumah Kediaman di UiTM Kampus Seri Melang dan selepas itu ke kampus Kuala Pilah di Beting, memantau projek-projek baikpulih kemudahan, khususnya untuk keselesaan pelajar. Sempat meninjau pelajar-pelajar yang baru tamat peperiksaan akhir dan bersiap untuk kembali ke kampung dan kediaman masing-masing.
Semoga semuanya selamat dalam perjalanan pulang, amin.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku
Date
Language
Malay, Arabic
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/18DSHXEvxG/
Collection
Citation
““ABM 2026 UiTM Seremban : Pembentangan & Lawatan Proaktif”,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 4, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1455.