Perkongsian Hantaran : Keutamaan Anak Tempatan dalam Dasar Pengambilan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi ~ YBM KPT

Title

Perkongsian Hantaran : Keutamaan Anak Tempatan dalam Dasar Pengambilan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi ~ YBM KPT

Description



Dasar pendidikan tinggi negara adalah jelas. Kita tidak pernah mengorbankan atau membenarkan mana-mana kuota atau tempat untuk anak-anak tempatan dalam mana-mana kursus atau mana-mana universiti diambil oleh pelajar antarabangsa.

Setiap kuota dan tempat anak-anak tempatan akan diberi keutamaan melalui permohonan UPU. Walaupun kita menggalakkan dasar pengantarabangsaan, namun anak-anak tempatan tetap diberi ruang terlebih dahulu. Dasar pengambilan pelajar antarabangsa adalah dilakukan secara berasingan, tanpa mengambil tempat pelajar tempatan.

Pada masa sama, saya telah membantu menyelesaikan tiga permohonan daripada pelajar kategori OKU yang cemerlang dan saya sendiri telah maklumkan pelajar-pelajar ini akan ditawarkan kursus yang mereka pohon. Tiada unsur diskriminasi untuk mereka yang layak dan cemerlang, sementara kita menyesuaikan keadaan dengan fasiliti terbaik di kampus

Source

Official Facebook Page : Zambry Abd. Kadir

Date

Language

Malay

Files

Dakwaan Pelajar Luar Negara Isi Kuota Pelajar Tempatan Tidak Benar.jpg

Collection

Tags

Citation

“Perkongsian Hantaran : Keutamaan Anak Tempatan dalam Dasar Pengambilan Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi ~ YBM KPT,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 4, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1482.

Output Formats