UiTM PEMENANG ANUGERAH KUALITI PERDANA MENTERI

Title

UiTM PEMENANG ANUGERAH KUALITI PERDANA MENTERI

Description

Universiti Teknologi Mara (UiTM) diumumkan sebagai pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri pada majlis penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) 2008 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kejayaan itu membolehkan UiTM dibenar menggunakan simbol 'Q' serta mencetak kenyataan 'Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri' di kepala atau kaki surat rasminya selama tiga tahun.

UiTM telah mengenepikan 40 calon lain antaranya termasuk Universiti Sains Malaysia(USM), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Nuklear Malaysia, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, Terengganu dan Pejabat Kesihatan Putrajaya.

Naib Canselor UiTM Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah berkata kemenangan itu merupakan satu lagi pengiktirafan amat bermakna kepada UiTM dan selepas ini semua kakitangan UiTM akan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang lebih berat bukan sahaja untuk mencipta lebih banyak kejayaan tetapi yang lebih penting untuk mengekalkan kecemerlangan yang diperolehi.

Files

akpm.jpg

Tags

Citation

“UiTM PEMENANG ANUGERAH KUALITI PERDANA MENTERI,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 8, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/150.

Output Formats