PENGANUGERAHAN GELARAN PROFESOR EMERITUS YB TAN SRI DR IBRAHIM SHAH ABU SHAH

Title

PENGANUGERAHAN GELARAN PROFESOR EMERITUS YB TAN SRI DR IBRAHIM SHAH ABU SHAH

Description

Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), YB Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus pada Istiadat Konvokesyen ke-87. Anugerah berkenaan telah disampaikan Pro-Canselor UiTM Tun Ahmadshah Abdullah sebagai tanda mengiktiraf sumbangan, komitmen, kepakaran dan kesungguhan beliau sepanjang sembilan tahun menjadi Naib Canselor UiTM YB Senator Tan Sri merupakan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-2, untuk tempoh sembilan tahun, bermula daripada 1 Januari 2001 dan mengakhiri perkhidmatan cemerlangnya pada 31 Disember 2009. YB Senator Tan Sri telah memulakan perkhidmatan beliau dengan UiTM (ITM pada ketika itu) bermula tahun 1975 sebagai Pensyarah dan Profesor Fakulti Pentadbiran dan Undang-Undang (1975-2009). Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun dengan memberikan sumbangan yang penting kepada ITM/UiTM dan negara melalui pelbagai peranan dalam kesarjanaan akademik, kepimpinan universiti dan khidmat kepada masyarakat, bangsa dan negara. Sepanjang perkhidmatannya di UiTM, selain memenuhi tuntutan sebagai pensyarah, beliau juga telah diberi kepercayaan menyandang jawatan sebagai pentadbir akademik di pelbagai peringkat kepimpinan. Seluruh warga universiti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Teknologi MARA.

Contributor

Oktober 2017

Files

BuletinSalamOktDis_006.jpg

Collection

Tags

Citation

“PENGANUGERAHAN GELARAN PROFESOR EMERITUS YB TAN SRI DR IBRAHIM SHAH ABU SHAH,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/128.

Output Formats