SEMINAR EKSEKUTIF DAN MESYUARAT PENDAFTAR BERSAMA PENOLONG PENDAFTAR SELURUH SISTEM UiTM
Title
Description
24 Julai 2017 – Bertempat di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam, Seminar Eksekutif dan Mesyuarat Pendaftar bersama Penolong Pendaftar seluruh sistem UiTM telah belangsung dengan jayanya. Seramai 268 orang peserta yang terdiri daripada Skim Penolong Pendaftar gred N41 dan ke atas telah dijemput untuk menyertai program ini. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melalui sesi perkongsian ilmu, menyelaraskan hal ehwal berkaitan pengurusan sumber manusia di seuruh sistem UiTM dan memberi ruang perbincangan dan perkongsian maklumat yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran universiti. Program ini dimulakan dengan ucapan Naib Canselor, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said yang menekankan peranan pentadbir universiti sebagai tulang belakang yang menyokong visi dan misi universiti dan para pentadbir disarankan supaya lebih kreatif serta bersikap fleksibel dalam melaksanakan tugas. Beliau juga menasihatkan para pentadbir agar melengkapkan diri dengan skills set yang merangkumi tiga perkara utama iaitu relevant, refered and respect (3R) untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Program yang berlangsung selama tiga hari ini turut diisi dengan Mesyuarat Pendaftar bersama Penolong Pendaftar, Taklimat Perancangan Strategik Sumber Manusia UiTM 2016-2020, Taklimat Hala Tuju Dan Cabaran Pentadbir Di Masa Hadapan, Taklimat Integeriti dan Taklimat Ancaman Keselamatan Negara.