Menelusuri Gua Ashabul Kahfi: Sebuah Catatan Ilmiah dari Bumi Jordan
Title
Description

Mengimbau tempat terakhir yang sempat dikunjungi sebelum kami meninggalkan bumi Syam — melawat Gua Ashabul Kahfi.
Gua di Al-Rajib, Amman, Jordan ini merupakan lokasi yang paling kuat dan diyakini oleh ramai ulama serta sejarawan Islam sebagai tempat yang disebut dalam kisah Surah al-Kahfi.
Pintu gua telahpun ditutup ketika kami tiba, dan kami pasrah dengan hanya bergambar di luar pintu. Namun, sebaik kami mula melangkah pulang menuju ke kenderaan, kami dihalang oleh pengawal keselamatan yang memaklumkan bahawa Tuan Imam Masjid Ahl Al-Kahfi akan tiba sebentar lagi untuk solat Maghrib.
Atas izin-Nya jua, Tuan Imam yang baru tiba terus membuka pintu gua untuk kami masuk. Lebih mengagumkan, beliau berbahasa Melayu — rupa-rupanya merupakan antara graduan PhD keluaran negara, Dr. AlmuatasemBellah Alhnaity, lepasan UKM. Alhamdulillah.
Beliau kemudiannya memberikan taklimat ringkas tentang kisah Ashabul Kahfi, dan dalam perjalanan menuju ke masjid, beliau sempat berkongsi bahawa keluarga keturunannya telah menjaga gua tersebut selama ratusan tahun. Maha Suci Allah.
Nabi ﷺ mengaitkan Surah al-Kahfi dengan fitnah Dajjal. Sabda Nabi ﷺ:
"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat."
(HR al-Hakim & al-Baihaqi – sahih)
Sabda Nabi ﷺ lagi:
"Barang siapa menghafal sepuluh ayat pertama dari Surah al-Kahfi, dia akan terlindung daripada fitnah Dajjal."
(HR Muslim)
Sama-sama kita hayati dan amalkan Surah al-Kahfi. Ibrah kisah Ashabul Kahfi adalah perisai rohani menghadapi fitnah terbesar akhir zaman.
Doa yang diucapkan oleh para pemuda Ashabul Kahfi ketika mereka melarikan diri ke gua untuk menyelamatkan iman mereka diabadikan dalam ayat ke-10:
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan sediakanlah bagi kami petunjuk dalam urusan kami ini."
(Surah al-Kahfi: 10)
Allāhumma Āmīn
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#MalaysiaMADANIrakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️