Dari Konvokesyen ke Jericho: Sebuah Renungan, Sebuah Doa Buat Bandar Jericho, Palestin
Title
Description

Sambil memilih gambar Konvo untuk dimuat naik, menyelak gambar bulan Ogos lalu, hanya sekadar mampu melihat dari jauh dalam kegelapan malam, nun jauh di sana, cahaya lampu dari bandar Jericho, salah satu bandar tertua di dunia yang masih didiami hingga kini, dengan sejarah lebih daripada 10,000 tahun dalam wilayah Tebing Barat (Palestin). Nun terang di kaki langit bandar Jurusalem. Hanya doa yang mampu kita panjatkan, semoga bumi ini aman dan merdeka sepenuhnya, insya-Allah amin.
Mengambil ibrah juga ketika berziarah ke Laut Mati, yang dikaitkan dengan kisah kaum Nabi Luth A.S.
فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. (Surah Hud: 82)
Lautnya mati, tiada kehidupan. Pasirnya memutih tersalut garam… Di seberang sana adalah Tebing Barat.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#malaysiamadanirakyatdisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku
#KonvoUiTM102